Wednesday, November 30, 2011

Sampan Belian atau Saloi Teras

Gambar Penuh Nostalgia Indah Zaman Kanak-Kanak

Bila tengok benda kat atas tu, memang aku terfikir banyak benda yang aku buat semasa zaman kanak-kanak dan banyak yang aku buat tu kanak-kanak zaman sekarang dah tak buat sebab kanak-kanak zaman sekarang ne "Digital Natif" dan kita yang lahir sebelum tahun 1990-an ne adalah golongan "Digital Immigrant" yang memang buta sedikit tentang penggunaan ICT dan apa sahaja yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Sampan belian atau saloi teras tak kisahlah nak panggil apa sebab benda yang sama kan... begitu juga dengan kemajuan yang perlu dikecapi bersama, tak kisahlah ko kaya aku miskin, ko berpendidikan aku tidak, ko hilir aku hulu, ko barat aku timur, ko pandai aku bodoh, ko tinggi aku rendah, ko pandai komputer aku tak pandai, ko banyak duit aku takda duit. Apa yang penting ialah kemajuan tu perlu dikecapi bersama kerana semua ada hak ibarat saloi teras kat atas sana yang sudah generasi lama nikmati bersama kerana bagi aku adalah tipu kalau ada generasi tua dikampung tak pernah naik sampan belian tu... tipu ah aku tak percaya kalau tak pernah... bak sini aku siasat, mungkin tak pandai berenang boleh diterima sebagai alasan yang kukuh sedikit berbanding alasan lain.


Tuesday, November 1, 2011

Tentang Blog Kampung Tian

Ini khas untuk anak-anak warga Kampung Tian untuk mencoret rasa, mengikis bicara, mengolah kata, menyusun rencana, mengulas fakta, dan segala-galanya. Blog ini bagi kita untuk berkongsi segala tentang Kampung Tian, jadi janganlah segan dan janganlah malu untuk menghantar khabar dan berita kerana kita anak kampung yang sama. Selagi artikel tidak melampaui batasan kata, tidak menghina, tidak mencetus sengketa, tidak mengundang seteru, tidak dakyah semata, dan tidak artikel celaka aku tetap terima. Kalau suka nak menulis secara nyata, email sahaja dan akaun bukan auta, aku kena periksa juga, kalau tipu nanti ko buat artikel celaka, macamana aku nak kata. Kalau entri copy paste...aku pelangkung kalau jumpa depan mata.

Seandainya tiada masa dek sibuk hal dunia, emailkan sahaja, nescaya artikel anda akan ada di coretan semasa barang seketika selagi belum ada artikel berganda. Tiada Gaji tiada Gaji ...cuma kita ingin mencetus bicara, berkongsi rasa, menulis fakta bukan untuk sengketa. Sebab itu artikel politik tidak terima...Email kat aku kalau tak tahu nak buat entri blog, kita sama-sama belajar, artikel dalam bahasa Melanau (Loghat Kampung Tian - perkataan pelik banyak aku reject), bahasa Melayu, dan bahasa Inggeris sahaja diterima. Kemudian kalau nak komen artikel, korang kena buka akaun email gmail dan kalau komen takda asas, tak maruah, tak fakta, takda adap, takda nama penuh, aku reject.

Kalau takda artikel dari penulis lain, aku tetap update coretan. Email file entri dalam bentuk "microsoft word" (kalau ada gambar asingkan di file lain dan nyatakan sumber kalau ada rujukan) Email Artikel anda ke aku8978@gmail.com

Kenangan Indah Zaman Dahulukala : Coretan Merapu Anak Kampung

Kenapa blog ini warna purple? Kenapa? Takda apa-apa, cuma aku kecewa dah nak pilih warna apa jadi tema dan asalkan jangan warna pink @ merah jambu, tu warna untuk bakal dan bini aku je, benda lain tak boleh... tu warna khas, warna untuk aku dan si dia (nasib mak aku tak suka warna pink, mak aku suka warna coklat macam trend generasi tua di kampung, korang perasaan tak dengan warna apa yang mak korang suka?) Aku orang Melanau tulen... takda campur-campur dan dibesarkan di kampung, takda pengaruh luar sangat, jadi 90% perangai dan gaya pemikiran aku standard kampung jugalah. Sebab tu bila teringat kampung, kadangkala aku rasa sering digamit rasa kerinduan dan kadangkala rasa kecewa dan bermacam-macam lagi. Perbincangan di facebook kadangkala menguris rasa, mencetus idea, membentuk kriteria, dan kadangkala seteru dan apa segala.

Kalau berasal dan dibesarkan di Kampung Tian, anda menipu diri sendiri sekiranya merasakan kampung kita sudah menikmati arus pemodenan negara sejak merdeka. Kerana hanya segelintir kecil yang sudah menikmati dan aku yan sekadar menikmati setitis dari kemodenan dan kemajuan itu suka untuk berkongsi dan berbincang layak sebagai manusia berakal dan mampu berfikir tentang dunia. Walaupun dunia ini hanyalah sementara bagai secalit air di jari dari lautan yang luas dan kemewahan dunia tidak akan kekal lama. Blog tetap menjadi pemangkin kepada perkembangan ideologi dalam masyarakat, aku berani berkata... trend politik Malaysia bakal dimonopoli oleh tokoh politik dari kawasan Utara (bak senikata lagu Malaysian Boy... bawa ku ke mana kau suka, timur barat selatan utara) dengan negeri Kedah, Perak, dan Pulau Pinang sebagai asasnya. Kemudian negeri pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu telah lama mendahului dalam arena blogging dengan perbincangan ilmiahnya. 

Tetapi negeri kelahiranku Sarawak masih jauh dengan blog yang sama dengan pemikiran tanpa bukti dan tanpa halatuju khususnya remaja. Malahan anak kampung aku masih jauh dan leka dengan status facebook dan laman sosial ntah apa kejadahnya. Laman sosial facebook memang mengundang seribu kebaikan dan sejuta keburukan, tetapi bila anda mencoret dan bercerita di blog, idea, pandangan, ulasan dan pemikiran boleh dijana ibarat setitis air yang akan melekukkan kerasnya batu. Blog peribadi bukanlah satu perkara yang asing, blog lebih awal muncul sebelum ledakan laman sosial... boleh baca ringkasnya di sini. Blog ini bukanlah untuk bersandiwara... sekadar cetusan rasa dan ingin berkongsi penulisan semua warga Kampung Tian yang boleh menulis dan berbincang tentang isu demi kepentingan bersama.

Warna tema untuk blog adalah hasil daripada warna spesis tumbuh-tumbuhan ini yang biasa aku lihat ketika meniti usia remaja di hutan belukar kampung yang kian hilang dimamah pembangunan (kadangkala aku merindui saat itu)

Kadangkala aku teringat betapa keindahan rasa buah ini sudah hampir lesap dari lipatan memori aku, cuma warnya yang sentiasa menggetar jiwa dan raga sebagai anak kampung yang jauh daripada kemajuan dan hiruk pikuk pemodenan negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...