Tuesday, November 1, 2011

Kenangan Indah Zaman Dahulukala : Coretan Merapu Anak Kampung

Kenapa blog ini warna purple? Kenapa? Takda apa-apa, cuma aku kecewa dah nak pilih warna apa jadi tema dan asalkan jangan warna pink @ merah jambu, tu warna untuk bakal dan bini aku je, benda lain tak boleh... tu warna khas, warna untuk aku dan si dia (nasib mak aku tak suka warna pink, mak aku suka warna coklat macam trend generasi tua di kampung, korang perasaan tak dengan warna apa yang mak korang suka?) Aku orang Melanau tulen... takda campur-campur dan dibesarkan di kampung, takda pengaruh luar sangat, jadi 90% perangai dan gaya pemikiran aku standard kampung jugalah. Sebab tu bila teringat kampung, kadangkala aku rasa sering digamit rasa kerinduan dan kadangkala rasa kecewa dan bermacam-macam lagi. Perbincangan di facebook kadangkala menguris rasa, mencetus idea, membentuk kriteria, dan kadangkala seteru dan apa segala.

Kalau berasal dan dibesarkan di Kampung Tian, anda menipu diri sendiri sekiranya merasakan kampung kita sudah menikmati arus pemodenan negara sejak merdeka. Kerana hanya segelintir kecil yang sudah menikmati dan aku yan sekadar menikmati setitis dari kemodenan dan kemajuan itu suka untuk berkongsi dan berbincang layak sebagai manusia berakal dan mampu berfikir tentang dunia. Walaupun dunia ini hanyalah sementara bagai secalit air di jari dari lautan yang luas dan kemewahan dunia tidak akan kekal lama. Blog tetap menjadi pemangkin kepada perkembangan ideologi dalam masyarakat, aku berani berkata... trend politik Malaysia bakal dimonopoli oleh tokoh politik dari kawasan Utara (bak senikata lagu Malaysian Boy... bawa ku ke mana kau suka, timur barat selatan utara) dengan negeri Kedah, Perak, dan Pulau Pinang sebagai asasnya. Kemudian negeri pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu telah lama mendahului dalam arena blogging dengan perbincangan ilmiahnya. 

Tetapi negeri kelahiranku Sarawak masih jauh dengan blog yang sama dengan pemikiran tanpa bukti dan tanpa halatuju khususnya remaja. Malahan anak kampung aku masih jauh dan leka dengan status facebook dan laman sosial ntah apa kejadahnya. Laman sosial facebook memang mengundang seribu kebaikan dan sejuta keburukan, tetapi bila anda mencoret dan bercerita di blog, idea, pandangan, ulasan dan pemikiran boleh dijana ibarat setitis air yang akan melekukkan kerasnya batu. Blog peribadi bukanlah satu perkara yang asing, blog lebih awal muncul sebelum ledakan laman sosial... boleh baca ringkasnya di sini. Blog ini bukanlah untuk bersandiwara... sekadar cetusan rasa dan ingin berkongsi penulisan semua warga Kampung Tian yang boleh menulis dan berbincang tentang isu demi kepentingan bersama.

Warna tema untuk blog adalah hasil daripada warna spesis tumbuh-tumbuhan ini yang biasa aku lihat ketika meniti usia remaja di hutan belukar kampung yang kian hilang dimamah pembangunan (kadangkala aku merindui saat itu)

Kadangkala aku teringat betapa keindahan rasa buah ini sudah hampir lesap dari lipatan memori aku, cuma warnya yang sentiasa menggetar jiwa dan raga sebagai anak kampung yang jauh daripada kemajuan dan hiruk pikuk pemodenan negara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...