Wednesday, November 30, 2011

Sampan Belian atau Saloi Teras

Gambar Penuh Nostalgia Indah Zaman Kanak-Kanak

Bila tengok benda kat atas tu, memang aku terfikir banyak benda yang aku buat semasa zaman kanak-kanak dan banyak yang aku buat tu kanak-kanak zaman sekarang dah tak buat sebab kanak-kanak zaman sekarang ne "Digital Natif" dan kita yang lahir sebelum tahun 1990-an ne adalah golongan "Digital Immigrant" yang memang buta sedikit tentang penggunaan ICT dan apa sahaja yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Sampan belian atau saloi teras tak kisahlah nak panggil apa sebab benda yang sama kan... begitu juga dengan kemajuan yang perlu dikecapi bersama, tak kisahlah ko kaya aku miskin, ko berpendidikan aku tidak, ko hilir aku hulu, ko barat aku timur, ko pandai aku bodoh, ko tinggi aku rendah, ko pandai komputer aku tak pandai, ko banyak duit aku takda duit. Apa yang penting ialah kemajuan tu perlu dikecapi bersama kerana semua ada hak ibarat saloi teras kat atas sana yang sudah generasi lama nikmati bersama kerana bagi aku adalah tipu kalau ada generasi tua dikampung tak pernah naik sampan belian tu... tipu ah aku tak percaya kalau tak pernah... bak sini aku siasat, mungkin tak pandai berenang boleh diterima sebagai alasan yang kukuh sedikit berbanding alasan lain.


5 comments:

  1. aku pernah naik dan karam dan hanyutkan sampan nenek aku lagi.

    ReplyDelete
  2. Hahahahahahaha... kalau saloi teras ini karam susah nak cari. Memang betul saudara jamel cakap, kenangan dengan saloi teras ini memang susad nak dilupakan.

    ReplyDelete
  3. yes.. bila karam sangat berat.. tapi ada jugak cara yang paling cantik nak timbulkannya.. adui.. semua perahu belian keluarga da retak dan pecah.. lama sangat dalam tanah.. bila la dapat pakai lagi saloi teras..

    ReplyDelete
  4. nak senyum terus tersenyum.Saloi teras mengingatku Kenangan lama. Dayung laju2 lepas tu drift ala kereta drift tapi kena control semua dengan pendayung le. Besttt..

    ReplyDelete
  5. Satu ciri sampan belian ni yg best, dia ada lubang sebesar syiling 20 sen, kalau rasa nak masuk air buka saja penutuk dia, dan satu lagi nak timba air sangan mudah, goyang kiri kanan sudah habis air sia. cuma hati2 masa menimba air silap2 sisim tangan nanti kena itu kayo teras. sakit woooo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...