Friday, December 30, 2011

Tahun Baru 2012

Aku tak pernah excited untuk menyambut tahun baru semenjak berada di bangku sekolah menengah dan memang menjadi tradisi masyarakat seluruh dunia untuk meraikan sambutan tahun baru iaitu 1 Januari setiap tahun mengikut kiraan kalendar Geograrian. Malahan di Malaysia sambutan tahun baru ini seakan-akan menjadi tradisi khususnya generasi muda walaupun tidak dalam kapasiti 100%. Kenapa aku yakin? Kerana aku pun tidak begitu berminat dengan sambutan tahun baru mengikut kiraan kalendar Geograrian ini. Aku bukanlah seorang yang alim atau apa... cuma aku tidak begitu berminat dengan suasana yang terlampau sesak di samping kiraan bulan dalam kalendar ini yang 28-31 hari kurang menarik minat aku. Terpulanglah kepada sesiapa untuk memilih kan, cuma setiap tahun baru ini, aku selalu mengucapkan ucapan selamat tahun baru kepada rakan-rakan terdekat.

Google pada 301212

Klik Untuk Sumber

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Wednesday, December 28, 2011

Perkongsian Idea Anak Watan Kampung Tian

Selepas berkecimpung dalam dunia blog sejak 2009, aku masih lagi meletakkan blog sebagai satu wadah untuk menulis dan menilai sesuatu untuk dikongsikan bersama-sama rakan mahupun pembaca. Memang aku tak nafikan blog-blog yang aku hasilkan tidaklah sehebat blog-blog otai dalam dan luar negara. Malahan jumlah pengunjung pun bukanlah boleh dibanggakan kerana kandungan blog aku lebih terarah kepada isu-isu peribadi dan jarang sekali aku menulis artikel yang jauh daripada kaitannya dengan ruang lingkup hidup aku sendiri. Apabila berbincang tentang motif utama untuk menulis artikel yang baik di blog, asas utama ialah kita dekat dengan sesuatu sumber atau apa yang cuba kita bincangkan. Oleh yang demikian, sejak entri pertama pada 1 November 2011 atau pada 1 Pidai (The Month of the Discoloured Skies) 2011 mengikut kiraan kalendar Melanau seperti artikel aku di blog peribadi Anak Melanau, banyak entri dalam blog ini berkisarkan sumber yang aku perolehi melalui pengalaman mahupun pembacaan semasa.


Selepas beberapa entri yang berkisarkan tentang kampung yang menjadi kebanggaan anak watan, aku masih lagi belum mendapat artikel yang dibuat oleh rakan-rakan di kampung mahupun anak watan Kampung Tian yang mencari rezeki di tempat orang. Aku tidak kisah walaupun entri yang akan dibincangkan dalam blog ini hanya dihasilkan oleh aku seorang kerana masalah keterbatasan masa dan idea adalah sukar untuk dijelaskan. Walau bagaimanapun aku masih berharap agar suatu masa nanti ada anak watan Kampung Tian akan sudi berkongsi artikel yang menarik dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan kampung yang kita cintai. Idea seseorang kadangkala akan menjadi sesuatu yang memberi inspirasi kepada orang lain kerana gaya penulisan dan berhujang adalah sesuatu yang subjektif. Setiap artikel yang terdapat dalam blog ini sehingga entri ini ditulis adalah gaya dan idea penulisan aku yang bukanlah sesuatu yang hebat, sekadar gaya penulisan anak watan Kampung Tian yang merantau mencari rezeki di tempat orang.



Oleh yang demikian aku meletakkan antara syarat yang boleh dijadikan rujukan oleh rakan-rakan pembaca dan mana-mana anak watan Kampung Tian untuk berkongsi artikel dan perbincangan demi kebaikan bersama dalam blog ini. Syarat asas adalah artikel yang tidak berunsur plagiat ataupun artikel yang dinyatakan sumbernya. Berikut antara asas yang diperlukan:

Tema Artikel : Semua yang berkaitan dengan Kampung Tian (pengalaman mahupun cerita peribadi anda)

Bahasa : Bahasa Melanau (Loghat Matu - Tian), Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris

Artikel perlu disertakan gambar yang berkaitan.

Sekiranya anda tidak tahu untuk berblog, anda boleh menulis di "Micrsoft Words" dan menyertakan gambar yang berkualiti (diletakkan dalam artikel dan dihantar dalam fail yang berasingan).

Artikel anda akan ditapis dahulu sebelum dimasukkan dalam blog ini.

Artikel perlu disertakan maklumat berikut:

Nama Penuh Penulis: ______________ (anda boleh sertakan nama panggilan)
Pekerjaan: _______________________ (nyatakan bidang kalau tidak mahu penuh)
-Pekerjaan termasuklah masih belajar- Masukkan Nama Institusi kalau masih belajar
Lokasi rumah di Kampung Tian: _____
Alamat email: ____________________
No Telefon: ______________________ (kalau mahu)

Anda boleh menghantar artikel terus ke email aku : aku8978@gmail.com

MAAF! Artikel anda tidak dibayar... ini adalah sekadar perkongsian bersama




Friday, December 23, 2011

Musim Rambutan 2011

Rambutan ataua nama botaninya "Nephelium Lappaceum L." (macam ada gaya Metal ja ne) berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. Patutlah sejak pasca merdeka kampung aku dan menjadi kawasan penanaman rambutan yang terkenal dalam daerah Matu. Malahan rambutan kini rambutan ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan hinggalah ke Afrika. Jadi spesis rambutan ini bukanlah sesuatu yang asing bagi masyrakat dunia pada hari ini. Malahan bagi aku sebagai anak watan Kampung Tian, rambutan ini adalah sesuatu yang biasa dan sukar untuk berjumpa kanak-kanak kat kampung aku yang tidak makan buah ne walaupun sudah menjadi anak merdeka.


"Berapa harga makcik? Sekilo RM12 dik" itulah ayat perbualan yang aku rasa antara yang aku ingat sejak tahun 2000 apabila menjejakkan kaki di Negeri di Bawah Bayu hamnpir 11 tahun yang lampau. Ayat yang aku rasa mengejutkan dan status sebagai pelajar pada masa itu tidak mengizinkan aku membeli buah yang sememangnya terkenal di Kampung Tian. Kemudian harga semasa cuti sekolah tahun 2011 ini pula adalah sekitar RM9 sekilo dan kadangkala aku beli juga walaupun spesis rambutan tu tidaklah yang aku inginkan dan kadangkala semasa makan rambutan ini aku akan teringat zaman persekolah aku bersama-sama rakan-rakan kerana pada penghujung oktober hingga januari, musim rambutan adalah seperti pesta bagi masyarakat di sekitar daerah aku.

Selain Kampung Sok yang juga terkenal dengan hasil rambutannya, kampung aku juga menjadi anatara pengeluar rambutan untuk kegunaan masyarakat setempat. Jadi harga yang dijual mengikut berat (KG) adalah sesuatu yang kadangkala menimbulkan ketidakselesaan kepada aku. Malahan dengan kos RM10 i kampung aku pasti tidak dapat menghabiskan rambutan tersebut seorang dalam masa satu jam. Tapi dengan nilai yang sama, aku terpaksa menerima hakikat perihalan "lain padang lain belalang" dan manusia bila merantau jauh akan berjumpa dengan pelbagai karenah dan aspek lain yang berbeza dengan tempat tanah tumpah darah sendiri. Masih dalam kepompong Kepulauan Borneo dan banyak perbezaan, entahlah kalau berbeza sempadan negara.


Sepanjang cuti persekolahan 2011 ini, aku terperap di Kota Kinabalu dan kadangkala ada suara-suara sumbang mengatakan aku suka terkurung dalam rumah. Alahai, manusia ada prinsip hidup sendiri, tak perlulah nk menilai dan tidak perlulah membuat perbandingan. Aku ni jenis yang suka melepak jauh sekali nak melancong ke sana-sini dan kalau balik kampung pun aku akan melepak. Memang aku tak dapat nak balik sepanjang cuti persekolahan tahun 2011 ini disebabkan tuntutan akademik sendiri dan bukan atas paksaan sesiapa. Cuma aku rasa manusia ada pilihan dan tidak perlulah nak menidakkan fakta itu. Memang aku hairanlah dengan prinsip manusia khususnya di kampung aku ne, istilah buang batu atau istilah aku ne jenis tak ingat kampung jangan cakap, karang aku bagu penampar percuma sampai mati kita tak bertegur. Kan berdosa kalau lebih 3 hari tak bertegur sapa, kemudian kena faham lah juga dengan status orang lain.

Apa lak merapu ne... patutlah aku rasa na taip dalam bahasa ibunda ja tadi...hahahahahahha. Buak buten eh adak tang Sabah, may akel bak regah. Alah mas kemaal adak kenirah ubak to lakey sabey. Alah ubak ko nin doh, masem-masem mak ubak to bejajah. Buak buten laici lah, buak buten benyoh lah, mengapang sekali mak tan ko memikir regah doh. Adak tang kapong jebet doh RM1 tepeng. bak bela kamek daren lepak utong gak mak wak 20 bet doh may sukup. Adak kah jenajah RM10 jekilo beliun may lo matun buak buten kapong kaya udah lau eh. Kenah kirah mlo debay doh sai-sai ro wak matun buten kuan sabey-sabey may majih jajah. Adak wak kupek marak buleh agik, bas doh beliun bak asem iduh tang Sabah eh. Slaka ateng, buyak wak siduh julik lah pama tan bak pindah ted debay. Anik pindah pun sakit gak tan memikir adak terperp tang ted debay mak. Lawak may wak kik kerjah adak siduh.

Lo matun buak buten tang kapong kuan sabey-sabey udah deng ko nuan. wak neringo ko buyak no kah may bay denah kemajuan ataupun may bay denah peningkatan wak aspek pertanian eh kah. Buyak no ko pubak siduh? Lo matun buyak buten eh may gak maju-maju kuan sabey, agik gak lo duh lulo musim buak buten igem hasil duh may berapa. Anah lah buyak jenajah RM1 jebat igem bas duh nuan kah may buten ubas patun lo duh? Wak ubak ko eh fokus duh tang aspek mematun eh mak, adak nuan lo keluarga lo matun eh nuan berjaya wang akademik duh saji nuan kaitan tang buak buten...wak itir buyak no may bay peningkatan wang jumlah patun ataupun hasil lo duh. May ro buak buten doh kenah jajah labik kubu...slaka tang kubu pun jenajah lo sinah pebak kilo gak agik. Atenglah tlo mlanau tian eh may berapa laus wang hal matun, tapi adak kenirah kuan logik akal tenawan, may ro maju udah lo matun buten kuan sabey-sabey bas nuan aroh tar liseng kebun. Kubah senged mlo? may boh kemirah anik, sukup lo matun buten doh keban bejajah buten lo iduh labik serikei, kubu, @ mukah. may kah buleh udah.

Nota:
1. Alasan kukuh kenapa aku lebih suka menulis dengan bahasa Melayu ialah ayat dalam bahasa ibunda aku ne pendek dan sukar untuk menjelaskan sesuatu fakta. Kenapa? Bagi aku kerana bahasa Melanau masih berada di permulaan sifat Dinamiknya dan bahasa Melayu sudah jauh kedepan dalam garis Dinamiknya. tetapi bahasa Inggeris sudah berada di garisan statik.
2. Sebab itu aku rasa perjuangan orang-orang Melanua melalui blog mereka yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris lebih berkesan dan difahami oleh entiti luar.
3. Aku bukan menidakkan fungsi bahasa sendiri, tapi itulah realitinya...cuma JANGAN BIARKAN ANAK ANDA TIDAK FAHAM BAHASA MELANAU.

Thursday, December 15, 2011

Isu Pendatang : Kampung Aku Mula Menerima Tempias

Kamus Dewan mentakrifkan perkataan PENDATANG dengan penuh makna iaitu:

1.orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 
2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 
3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.

Apa yang ingin aku bincang dan kongsikan di sini ialah perkara (1) sebagai asas utama disebabkan perkara (3). Apa yang aku lalui dan pengalaman pahit manis di rantauan serta apa yang akal aku nilai dan analisis melalui pembacaan dan laporan media arus perdana, memang aku rasa perkara (3) dalam takrifan di atas mendorong aku untuk berkongsi tentang perkara (1).

Manusia dicipta dari tanah dengan leluhur Nabi Adam AS dan Siti Hawa membuktikan manusia adalah dari ciptaan yang sama. Apa yang ingin aku kongsikan jauh sekali untuk membeza-bezakan rupa kulit dan latar keturunan bangsa kerana Kampung Tian sudah lama terdiri daripada pelbagai bangsa (Cina, Melanau, Iban, Bidayuh, Melayu, dan Indonesia). Sebagai manusia berakal dan mendapat sedikit pengetahuan dan ilmu duniawi, aku tidak dapat menerima sama sekali konsep manusia yang bersikap nepoteisme yang melampau. Melampau hinggakan orang lain tidak mampu untuk mengecapi apa sahaja kemudahan yang layak dikongsi bersama. Tetapi sebagai entiti dalam masyarakat, persoalan aku adalah : adakah individu tertentu layak untuk mencemar dan membuat onar dengan membawa golongan pendatang ke kawasan tanah tumpahku? Tolak isu tentang perkahwinan kerana itu isu naluri semulajadi manusia.

Pada sambutan aidilfitri 2011 lepas, aku seperti biasa akan balik ke kampung dan itu adalah wajib hatta tiket mahal nak mampus pun aku tetap balik. Cuti 3 hari pun aku akan balik, tumbuk bos yang tak mahu bagi cuti raya pun aku sanggup...hahahahahahahahaha. Tapi perkara (1) di atas oleh aku kongsi melalui cerita berikut:

Cerita 1:
Aku adalah aku dan takkan berubah sudut pandangan aku tentang dunia ini dalam aspek melepak khususnya. Tetapi pekan berdekatan di daerah Daro penuh dengan pendatang warga Timor Leste yang dari sumber yang sahih menyatakan mereka adalah pekerja ladang di kawasan ladang sawit khususnya di area Tebaang. Aku tidak kisah kerana aku tahu tentang betapa peritnya kehidupan warga Timor Leste selepas keluar dari Republik Indonesia. Mereka datang mencari rezeki yang halal dan tidak menyusahkan aku... tetapi apa yang aku perhatikan sepanjang cuti seminggu itu ialah betapa mereka menjadikan pekan Daro seperti mereka yang punya, minum arak semasa bulan Ramadhan (dulu aku pun minum, tapi bukan ditengahari buta masa puasa). Tidak mustahil golongan pekerja ladang ini akan menimbulkan permasalahan satu masa nanti kerana anak-anak muda P207 banyak merantau keluar.

Cerita 2:
Ini bermula dalam tahun 2000 apabila aku menjejakan kaki kali kedua ke Negeri di Bawah Bayu, aku hairan apabila rakan-rakan selalu mempelawa untuk minum di kedai Mamak. Celaka, dalam kepala mula timbul keraguan kerana, PERTAMA: Aku tahu Mamak tu india muslim dan mereka adalah antara pelakon utama dalam merencana pentadbiran Melaka dahulu. KEDUA: Mamak memang terkenal dengan masakan nasi beriani kambingnya (kalau korang tak tahu, pergilah ke Pulau Pinang dan negeri di Utara Semenanjung Malaysia-Tapi aku tahu dari media massa je ya). TAPI apa yang aku dapat semasa minum di kedai MAMAK sekitar Kota Kinabalu masa tu, aku hanya menyumpah dalam hati...celaka...celaka punya member. Buta mata dan buta sejarah dan buta antropologi. Adakah muka mamak di Sabah macam Pakistan dan ada kedai yang iras2 India. cakap Melayu pun macam haram jadah sahaja. Lepas beberapa lama, barulah ada istilah yang aku selesa... mereka bukan MAMAK. Kami selalu guna istilah ANEy untuk merujuk kedai-kedai tersebut kemudiannya. Kalau diberi peratus, tak sampai 1% aku pernah makan di kedai tersebut.

Cerita 3:
Di Sabah, golongan PAKISTAN ini mendominasi apek perniagaan runcit dan banyak kedai-kedai Cina tempatan gulung tikar disebabkan penangan mereka. Kemudian ramai dalam kalangan penduduk tempatan yang berhutang dengan mereka... beli karpet dan banyak barangan lain lagi. Bayar RM5 sebulan pun takpa. Idea yang amat bagus dan ini perlu diteladani oleh warga Kampung Tian dan bagi yang membeli pula...bayarlah dan belilah dengan anak watan kampung sekiranya mereka menjalankan bisnes yang sama. Lupakan beza harga seketika walaupun berat, apalah dengan nilai RM1-RM5 jika dibandingkan kesan jangka panjang.

Cerita 4:
Ini susah aku nak ulas... sebab kat kampung dah ada golongan PAKISTAN sial ini... di Bandar Mukah, Pekan Daro pun dan bercambah. KENAPA???????

Cerita 5:
Di Sabah, ramai sudah PAKISTAN yang memiliki kad pengenalan dan mendominasi aspek perniagaan runcit dan kedai makan. Malahan jangan terkejut kalau aku nyatakan barangan yang mereka jual jauh lebih murah daripada pasaraya GIANT dan kadangkala ini menarik minat pembeli. Malahan boleh lihat di setiap pekan di Sabah, kedai runcit PAKISTAN seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi aku hairan... isu golongan pendatang FILIPINA yang menjadi agenda yang tak selesai. Pendatang PAKISTAN yang dianggap mamak oleh orang tempatan kurang disedari.

Cerita 6:
Di Sabah, susah nak cari pendatang FILIPINA dan Indonesia yang kaya. Memang tidak aku nafikan golongan pendatang FILIPINA bersikap kurang ajar sedikit tetapi PAKISTAN ini ibarat api dalam sekam. Sebelum memilik IC mereka memang melayan kita dengan bagus, tetapi yang sudah memiliki IC berlagak diaorang ini takyah nak cakap. Kalau ada pistol...aku pun sanggup tembak. Hahahahahahahahha (Tapi awek Pakistan ini cun nak mampus : aku geram weiiiiii tengok)


Cerita 7:
Tak tahu nak cakap apa, baca sendiri komen facebook di bawah




Cerita 8:
Golongan PENDATANG di Semenanjung Malaysia lebih teruk dan sekarang sudah menjalar ke Sarawak, tengok gambar di bawah: Anda boleh klik gambar untuk sumber




Penutup:
Kalau dinilai dari sudut psikologi, masyarakat di dunia pernah dikategorikan mengikut sikap samseng mereka. Aku lupa nama penulis tersebut kerana itu cerita tahun 2002 dahulu ketika aku menolong rakan menaip tugasan Psikologi Silang Budaya beliau... Masyarakat Bajau (Sabah + Filipina) menduduki ranking ke-3 dunia, masyarakat dari area pantai Timur Malaysia (majoriti kawasan Pattani) menganjur hingga ke Afrika (termasuklah PAKISTAN) ranking ke-2, dan rangking ke-1 ialah masyarakat Arab yang duduk di antara PAKISTAN dan Afrika. 

Jadi tidak mustahil satu hari nanti PAKISTAN akan mendominasi aspek peruncitan di P207. Lupakan seketika dengan warga TIMOR LESTE dan INDONESIA yang memang datang untuk sesuap rezeki (Tapi isu warga tempatan MENANGGUK DI AIR KERUH memang memualkan aku), tapi PAKISTAN ini datang dengan impian... WARGA AFRIKA datang dengan perancangan.


Nota:
1. Artikel merapu paling panjang setakat ini
2. Tahukah Anda??? Di Afrika khususnya di bahagian tengah seperti Nigeria... Teknik Menipu dipelajari secara formal dengan kewujudan sekolah khas. Rujuk sini, sini, dan (Amaran Oleh PDRM)


Wednesday, December 14, 2011

Warga Kampung Tian Perlu Celik IT

Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah "Perpustakaan Kongres".

Di atas adalah sedikit cebisan maklumat tentang perpustakaan yang boleh diperolehi melalui wikipedia walaupun apa yang dinyatakan oleh sumber seperti wikipedia bukanlah bersifat ilmiah, tetapi cukup untuk menjadi rujukan sebagai perbincangan. Kenapa tidak dianggap ilmiah? Kerana ia bercorak kolabarasi dan aku pun ada akaun di sana dan sudah menyunting hampir 20 peratus aspek yang berkaitan bangsa Melanau. Hahahahahaha... Aku bukanlah golongan Natif Digital kerana lahir sebelum tahun 1990-an yang menjadi penanda aras kepada kemunculan celik IT ini. Aku adalah golongan Digital Immigrant yang sudah biasa dengan aspek teknologi berkomputer khususnya ICT. Apa kaitan pengertian perpustakaan dengan cerita aku ne, sebenarnya ada kaitan dengan gambar berikut:

Klik untuk sumber

Kenapa jadi suram dan kelam laman web di atas? Blog pun tak boleh di akses langsung.. tu gambar perpustakaan kampung aku la wei. Kalah dengan ledakan web 2.0 yang lebih mesra pengguna seperti facebook dan blog? Mungkin lah kerana kadar dan tahap celik IT sebenarnya dipengaruhi oleh banyak aspek luaran. Tidak semestinya anda lahir dalam tahun 1992 anda memang celik IT... anda hanya golongan Natif Digital dan kalau takda komputer di rumah dan talian internet anda tidak akan celik IT juga. Kemudian hari ini bekalan talian internet di klinik kesihatan Tian dan laptop 1Malaysia telah memberi impak yang lebih jelas daripada kemudahan perpusatakaan di atas. Buktinya... hampir 500 warga kampung tian khususnya remaja di kampung memiliki akaun facebook walaupun banyak lagi tidak. Perkara tersebut cukup untuk membuktikan ledakan tersebut walaupun tidak sehebat di kawasan bandar.

Persoalan aku sekarang ialah...adakah perpustakaan di Kampung Tian masih beroperasi seperti matlamat asalnya? Terus terang aku nyatakan, sekiranya peralatan komputer masih seperti asal...sukar untuk meledakkan lagi celik IT di kampung. Malahan aku sebagai anak warga kampung yang masih bersekolah sekitar tahun 1997 pun belum pernah menggunakan segala peralatan dalam perpustakaan di atas? Cuba tanya dengan diri anda... pernah tak masuk perpustakaan tersebut? Pernah tak meminjam buku dari perpustakaan tersebut? Aku cuma pernah masuk sekali sebab nak tengok awek-awek yang lawa kat sana je... hahahahahahaha, masa dulu aku masih lagi budak kampung yang buta ICT. Sekarang boleh lah sikit sekadar untuk tidak buta mata dan tidak buta hati.

Sekiranya kemudahan perpustakaan di atas dapat dimanfaatkan oleh warga remaja di Kampung Tian, korang akan celik IT walaupun tidak masuk ke mana-mana IPT. Aku yakin tu... malahan korang akan tahu maksud hardisk, RAM, ROM, CPU, Graphic Card, Power Supply, Motherboard, Komputer, OS, Perisian, dan bla bla bla lagi. Kemudian korang akan dapat lihat dunia dari sudut yang berbeza. Bukannya melihat dunia dari sudut jiwa korang sahaja... kalau tak percaya tengoklah akaun facebook korang dan bandingkan dengan akaun facebook orang lain. Kemudian perpustakaan tu boleh ubah sudut pandangan korang...kenapa aku merapu ne? Kerana dulu aku pun anak kampung macam korang yang takda apa-apa dan aku bengang tengok gambar akaun facebook merapu walaupun aku tak kenal sangat korang...hahahahahahaha.


Pemandangan Kampungku : Kesuramanan Kian Jelas

Gambar ini aku ambil ketika cuti hari raya tahun 2011 dan sudah aku muat naik di facebook beberapa bulan yang lepas. Biasanya aku ne jenis yang suka mengambil gambar walaupun kadangkala gambar tu bukannya cantik sangat. Selepas dibuat sedikit pengubahsuaian (edited) jadilah gambar seperti di bawah. Nampak suram dan bagi aku seolah-olah kemajuan negara semakin jauh melambai-lambai meninggalkan kampung. Dengan sungai yang semakin sempit... jambatan yang kiang usang dan warga kampung semakin leka dengan kelam pembangunan desa. Tidak mustahil satu hari nanti, Kampung Tian akan terus sepi seperti gambar yang aku ambil ini. Kalau tak dibuat pembaharuan, selepas PRU 13 ini aku yakin hanya anak warga yang faham akan apa yang aku cakapkan ini.


Ada Apa dengan Kampung Kita

Aplikasi google bukan sekadar email, blog, enjin carian, dan browser google chrome yang biasa digunakan. Ia terdiri daripada 28 aplikasi yang terkini dan kemungkinan akan terus dipertingkatkan mengikut keperluan pengguna. Bagi aku begitu jugalah sepatutnya kampung aku yang sepatutnya boleh berubah selaras dengan perkembangan zaman dan tidak hanya terhad dengan pembangunan yang kadangkala tidak dapat dikecapi oleh seluruh warganya. Kenapa aku mengatakan sedemikian? Kerana nama kampung sendiri yang yang menjelaskan sedemikian...daripada 28 aplikasi google yang telah aku nyatakan sebelum ini, pengguna internet mencipta kreativiti sendiri sejak awal tahun 2000 dan ianya boleh dilihat di seantero blog dalam Malaysia. Maklumlah, orang Malaysia lebih kreatif dalam hal-hal yang kurang ilmiah dan suka membuat andaian dan perbandingan berbanding masyarakat Barat yang suka membuat kajian untuk membuktikan dari aspek sainstifik. Jadi layan 3 gambar daripada aplikasi google tentang kampung kita yang aku saja suka-suka buat dan korang boleh juga lakukan kerana ianya mudah dan tidak membawa kemudaratan hingga anda hilang status sebagai anak watan Kampung Tian.

Tengok maksud nama kampung selepas terjemahan daripada bahasa Swahili ke bahasa Melayu, tak tahulah kalau ada opsyen bahasa Melanau untuk buat terjemahan. Tapi google translate ne tak digalakkan dengan budak2 IPT, lu kena terjemah sendiri beb. Terjemahan begini tidak tepat dari aspek hukum tatabahasa...tapi bahasa Swahili dengan bahasa Melayu hukum dia aku pun tak tahu, cuma nak kongsi maklumat

Kampung Tian...emmm bukan aspek carian utama pun dalam google sampai muncul nama tiang emas tu, jadi isu dalam kmpung perlu diselesaikan dengan berhemah melalui perbincangan yang telus, nak buat macaman kalau anak muda gatal tangan nak menulis. Bukan salah pun nak mencoret sejuta rasa seribu makna di blog kan... tak salah pun kalau kongsi pasal kampung kita... hehehehehehehehheehe...

Tak terkejut dengan carian ini sebab aku dah google 5 tahun lepas, jangan lak ada anak kampung bangga bila perkataan tianamen square tu muncul. Cari dulu apa tu? Cari, jangan malas dan asyik nak main game atau update status facebook ja

Monday, December 12, 2011

Bekalan Elektrik di Kampung Aku


"Kampung aku ada seorang penghulu dan 6 orang ketua kaum, mana nak jumpa kecuali hari raya. Kemudian kalau berbeza umur tu memang confirm lah tak kenal sangat. Maklumat tentang kampung aku boleh rujuk di sini dan ketua kaum kawasan aku masih kosong?" Begitulah serba sedikit ayat yang aku buat tentang cerita kampung aku di blog utama aku sebelum ini, pembaca boleh rujuk di sini.

Buka je mata aku sekitar tahun 1970-an dahulu, kampung aku dah ada bekalan elektrik dan bekalan air. Walau bagaimanapun, masih banyak masalah yang masih membelenggu kehidupan masyarakat kampung yang berjumlah hampir 4200 orang penduduk. Malahan sebelum ini aku sudah membuat entri tentang betapa istilah rumahku syurgaku masih ibarat mitos bagi segelintir masyarakat kampung pada hari ini. Pembaca boleh merujuk entri tersebut di sini.

Sebelum ini aku biasa mendengar rungutan masyarakat setempat tentang betapa bekalan air sudah mendekati masalah. Kemudian aku menulis entri ringkas ini sekadar berkongsi, betapa masalah elektrik turut membelenggu kehidupan warga kampung. Apakah istilah yang boleh dikongsikan di blog ini. Entahlah... istilah yang aku biasa gunakan, KECEWA...KECEWA... KECEWA...


Nota:
1. Sekadar berkongsi fakta dan maklumat, bukan menyalahkan sesiapa
2. Pembaca boleh melihat sendiri perbincangan dalam group facebook di atas
3. Sumber dari:  Kelab Facebook P207 Igan


Tuesday, December 6, 2011

Blog Kena Malware

Untuk Perhatian semua aku terpaksa membuang link salah satu blog rakan dari kampung tian iaitu pengumpulblog (budak kampung Ajuk - Jebah keday...). Mohon maaf kerana terpaksa membuang capaian sementara kerana blog tersebut tengah diserang malware. Apa itu malware korang boleh google dan semoga beliau dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin. Kemudian kalau ada yang mengenali beliau, boleh sampaikan maklumat ini kerana blog beliau tidak diupdate selepas kekalahan pasukan Harimau Muda kepada Bahrain tempoh hari. Berikut ialah print screen blog beliau ketika ini.


Nota:
1. Klik gambar untuk lebih jelas
2. Semoga blog beliau dapat diselamatkan.

Monday, December 5, 2011

Bola Sepak dan Warga Kampung Tian

Siapa pernah wakil kampung main bola sepak? Tu soalan aku kira bangang lah sikit sebab nak main bola tak perlu lah nak pilih-pilih sampai nak jadi isu negara pula. Tapi kalau aku tanya korang kenal tak dengan Rivaldo, Zinedine Zidane, Ronaldo Lazario Lius de Silva, Cafu, Paolo Maldini, Roberto Carlos, Diego Maradona, Pele, Nakata, Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Kaka, Van Persie, dan nama-nama lain? Korang mesti kenal, tak payah bantuan google atau apa, janji korang pernah tendang bola dan faham tentang bolasepak mesti tahu nama-nama tersebut.

Tapi bagi warga muda kampung pada hari ini, korang main futsal bagai nak rak dan tahukah korang sejarah permainan bola sepak dalam perkembangan kampung sejak tahun 1980-an dulu? Pernah tak korang rasa bangga dengan perkembangan bola sepak dalam negara dengan Pasukan Harimau Malaya (jangan korang minta tukar pergi Harimau Malaysia lak sebab tak tahu fakta) dan pasukan Harimau Muda menjuarai beberapa kejohanan peringkat ASEAN?

Sebenarnya bola sepak memang menjadi nadi dalam perkembangan sukan Kampung Tian satu masa dahulu dan mengikut pandangan aku itulah satu-satunya permainan yang menjadi nadi dalam membentuk peribadi warga muda. Bayangkan sejak berdekad sejarah kampung menelusuri arus kemodenan negara, belum pernah warga belia kampung mencemar budaya menumbuk orang luar yang datang tanpa usul periksa. Belia juga jauh dari benda tak berfaedah (korang boleh agak sendiri), kenapa? Kerana bagi aku bola sepak yang menjadi satu permainan kebanggaan itu menjadi nadi dalam membentuk jatidiri golongan belia.

Aku akui, zaman persekolahan aku bukanlah boleh dibanggakan walaupun aku tak pernah dapat no 3 dikelas (no sebelum tu je aku dapat... hahahahahaha! celaka... ayat bangang sebab lapar) kerana dulu telinga aku dah lali dengan kutukan dan cemuhan warga tua. Istilah yang aku rasa paling lawak ialah "Keman Gam" dan celaka sebab mana ada orang buat macam tu, tu ayat cedok dari mana ntah, mamat duduk di ceruk paling tak maju di dunia pun tak guna istilah tu...hahahahahaha. Bukan mahu menyingkap sejarah dan titik dendam yang aku rasa bodoh, tapi dulu aku memang jahat sebab nak pergi main bola tak mampu nak beli kasut bola tu ah... main dengan kaki ayam, berlubang kaki kena tenyeh.

Aku dan member dulu kaki lepak tengok orang main bola kat tepi padang kampung di samping bermain bola di padang belakang bangsal lembu dihujung kampung sana (geng main dengan kaki ayam). Tapi generasi kami tidak buta dengan bola sepak dan banyak sejarah tentang perkembangan bola sepak kampung kami ketahui dan menjadi antara agenda perbincangan paling top ketika menjadi kaki lepak tegar di kampung. "Guli Pulut", "Pakuk", dan "Pusin Tieng" adalah istilah top untuk menggamatkan suasana walaupun aku akui 80% generasi pertengahan meluat tengok kami lepak pagi petang siang malam tak kira waktu. Tu yang kena cop kumpulan takda wawasan diri, puiii... masa tu kami dah pasang cita-cta apa - aku masa tu 1.Nak jadi askar yang ada degree dan berpangkat kapten - sebab tak mau jadi mcm Leftenan Adnan  2.Nak jadi peguam beb, dapat loyar buruk memanjang di Mahkamah 3.Masuk Universiti dan ambil degree undang-undang sambil masuk PALAPES dan boleh jadi peguam askar - ne pengaruh cikgu sejarah aku yang berpangkat Leftenan Muda di SMK Matu dulu. <><><> Begitu juga dengan dengan member lain, tapi rezeki tu Allah yang bagi, nak buat macamana kan.

Kampung Tian dengan bola sepak adalah satu agenda yang aku rasa sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata dan cuma gambar yang boleh menterjemahkannya. Tapi dulu-dulu takda DSLR nak rakam dan semua kenangan tu tersisip dalam lipatan memori warga pertengahan seperti aku. Generasi sebelum aku dikira extreme, generasi aku dalam kategori keterbukaan, dan generasi sekarang aku tak tahu nak kategorikan. Apa yang aku sampaikan sebenarnya? Tidak lebih sekadar perkongsian dan tidak kurang sebagai catatan memori lama yang tidak akan hilang... cuma aku kecewa, kecewa dengan arus modenisasi kampung yang sukar untuk dimengerti dan sukar untuk diperkatakan. Jadi layan video kartun BOLA KAMPUNG yang bagi aku best...korang rasa tak best pi guna spek hitam waktu malam...hahahahahahahahahaha.



Nota:
1. Dulu-dulu pasukan bola sepak Kampung Tian digeruni dengan slogan "Tubeng Balau" hahahahaha.
2. Aku tak champion main bola, tapi champion kalau makan rambutan Kampung Tian.
3. Susah sudah nak lihat warga pertengahan seperti aku yang aktif bermain bola di kampung berbanding era 90-an dahulu.
4. Pemain layjen Kampung Tian, cuba korang senaraikan... aku mulakan dengan si Kait, kalau tak tahu...lantak korang.


Thursday, December 1, 2011

Rumahku Syurgaku : Mitos atau Realiti

Istilah Rumahku Syurgaku kadangkala menyebabkan aku terfikir, adakah rumah yang aku sediakan mampu mengintegrasikan maksud tersebut kepada bondaku? Susah untuk aku rungkaikan kerana apa yang tersurat tidak semestinya mampu menjelaskan apa yang tersirat. Tetapi sejak jauh merantau melihat dunia dan jauh meneroka alam maya ini, aku masih tidak mampu merungkaikan istilah Rumahku Syurgaku kerana nilainya adalah terlalu tinggi untuk aku capai dengan kemampuan aku sebagai seorang guru biasa yang hanya berkhidmat demi meneruskan tuntutan duniawi.

Negara Malaysia sudah merdeka dan warga Bumi Kenyalang sudah lama mengecapi selepas noda hitam tinggalan keluarga Brooke, patih getir zaman Jepun, onak dan duri zaman British. Adakah kibaran jalur gemilang dibawah ini menidakkan yang kita sudah merdeka?

Kalau tak bangga tengok Jalung Gemilang... lu pergi minta jadi warganegara Uganda
Jadi untuk semua warga kampung tian, saudara-saudara seagama, saudara-saudara sebangsa, saudara-saudara zaman remaja... pilih mana yang boleh dikatakan rumahku syurgaku...pilihan anda alah rahsia dan tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Malahan kalau anda sudah merdeka dengan istilah sejarahnya, anda layak untuk membuat pilihan dengan rasa dan pendirian sendiri, aku tak kisah...

Rumah kat taman aku tak mampu nak beli

Apartment gaya hidup orang kota

Banglo ne harga RM1 juta...sampai mati aku tak mampu

Rumah kayu yang generasi tua suka

Rumah aku kat tingkat 3, bayar setengah mampus

Ini rumah kat kampung aku masa zaman merdeka????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...