Wednesday, December 14, 2011

Ada Apa dengan Kampung Kita

Aplikasi google bukan sekadar email, blog, enjin carian, dan browser google chrome yang biasa digunakan. Ia terdiri daripada 28 aplikasi yang terkini dan kemungkinan akan terus dipertingkatkan mengikut keperluan pengguna. Bagi aku begitu jugalah sepatutnya kampung aku yang sepatutnya boleh berubah selaras dengan perkembangan zaman dan tidak hanya terhad dengan pembangunan yang kadangkala tidak dapat dikecapi oleh seluruh warganya. Kenapa aku mengatakan sedemikian? Kerana nama kampung sendiri yang yang menjelaskan sedemikian...daripada 28 aplikasi google yang telah aku nyatakan sebelum ini, pengguna internet mencipta kreativiti sendiri sejak awal tahun 2000 dan ianya boleh dilihat di seantero blog dalam Malaysia. Maklumlah, orang Malaysia lebih kreatif dalam hal-hal yang kurang ilmiah dan suka membuat andaian dan perbandingan berbanding masyarakat Barat yang suka membuat kajian untuk membuktikan dari aspek sainstifik. Jadi layan 3 gambar daripada aplikasi google tentang kampung kita yang aku saja suka-suka buat dan korang boleh juga lakukan kerana ianya mudah dan tidak membawa kemudaratan hingga anda hilang status sebagai anak watan Kampung Tian.

Tengok maksud nama kampung selepas terjemahan daripada bahasa Swahili ke bahasa Melayu, tak tahulah kalau ada opsyen bahasa Melanau untuk buat terjemahan. Tapi google translate ne tak digalakkan dengan budak2 IPT, lu kena terjemah sendiri beb. Terjemahan begini tidak tepat dari aspek hukum tatabahasa...tapi bahasa Swahili dengan bahasa Melayu hukum dia aku pun tak tahu, cuma nak kongsi maklumat

Kampung Tian...emmm bukan aspek carian utama pun dalam google sampai muncul nama tiang emas tu, jadi isu dalam kmpung perlu diselesaikan dengan berhemah melalui perbincangan yang telus, nak buat macaman kalau anak muda gatal tangan nak menulis. Bukan salah pun nak mencoret sejuta rasa seribu makna di blog kan... tak salah pun kalau kongsi pasal kampung kita... hehehehehehehehheehe...

Tak terkejut dengan carian ini sebab aku dah google 5 tahun lepas, jangan lak ada anak kampung bangga bila perkataan tianamen square tu muncul. Cari dulu apa tu? Cari, jangan malas dan asyik nak main game atau update status facebook ja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...