Monday, December 12, 2011

Bekalan Elektrik di Kampung Aku


"Kampung aku ada seorang penghulu dan 6 orang ketua kaum, mana nak jumpa kecuali hari raya. Kemudian kalau berbeza umur tu memang confirm lah tak kenal sangat. Maklumat tentang kampung aku boleh rujuk di sini dan ketua kaum kawasan aku masih kosong?" Begitulah serba sedikit ayat yang aku buat tentang cerita kampung aku di blog utama aku sebelum ini, pembaca boleh rujuk di sini.

Buka je mata aku sekitar tahun 1970-an dahulu, kampung aku dah ada bekalan elektrik dan bekalan air. Walau bagaimanapun, masih banyak masalah yang masih membelenggu kehidupan masyarakat kampung yang berjumlah hampir 4200 orang penduduk. Malahan sebelum ini aku sudah membuat entri tentang betapa istilah rumahku syurgaku masih ibarat mitos bagi segelintir masyarakat kampung pada hari ini. Pembaca boleh merujuk entri tersebut di sini.

Sebelum ini aku biasa mendengar rungutan masyarakat setempat tentang betapa bekalan air sudah mendekati masalah. Kemudian aku menulis entri ringkas ini sekadar berkongsi, betapa masalah elektrik turut membelenggu kehidupan warga kampung. Apakah istilah yang boleh dikongsikan di blog ini. Entahlah... istilah yang aku biasa gunakan, KECEWA...KECEWA... KECEWA...


Nota:
1. Sekadar berkongsi fakta dan maklumat, bukan menyalahkan sesiapa
2. Pembaca boleh melihat sendiri perbincangan dalam group facebook di atas
3. Sumber dari:  Kelab Facebook P207 Igan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...