Monday, December 5, 2011

Bola Sepak dan Warga Kampung Tian

Siapa pernah wakil kampung main bola sepak? Tu soalan aku kira bangang lah sikit sebab nak main bola tak perlu lah nak pilih-pilih sampai nak jadi isu negara pula. Tapi kalau aku tanya korang kenal tak dengan Rivaldo, Zinedine Zidane, Ronaldo Lazario Lius de Silva, Cafu, Paolo Maldini, Roberto Carlos, Diego Maradona, Pele, Nakata, Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Kaka, Van Persie, dan nama-nama lain? Korang mesti kenal, tak payah bantuan google atau apa, janji korang pernah tendang bola dan faham tentang bolasepak mesti tahu nama-nama tersebut.

Tapi bagi warga muda kampung pada hari ini, korang main futsal bagai nak rak dan tahukah korang sejarah permainan bola sepak dalam perkembangan kampung sejak tahun 1980-an dulu? Pernah tak korang rasa bangga dengan perkembangan bola sepak dalam negara dengan Pasukan Harimau Malaya (jangan korang minta tukar pergi Harimau Malaysia lak sebab tak tahu fakta) dan pasukan Harimau Muda menjuarai beberapa kejohanan peringkat ASEAN?

Sebenarnya bola sepak memang menjadi nadi dalam perkembangan sukan Kampung Tian satu masa dahulu dan mengikut pandangan aku itulah satu-satunya permainan yang menjadi nadi dalam membentuk peribadi warga muda. Bayangkan sejak berdekad sejarah kampung menelusuri arus kemodenan negara, belum pernah warga belia kampung mencemar budaya menumbuk orang luar yang datang tanpa usul periksa. Belia juga jauh dari benda tak berfaedah (korang boleh agak sendiri), kenapa? Kerana bagi aku bola sepak yang menjadi satu permainan kebanggaan itu menjadi nadi dalam membentuk jatidiri golongan belia.

Aku akui, zaman persekolahan aku bukanlah boleh dibanggakan walaupun aku tak pernah dapat no 3 dikelas (no sebelum tu je aku dapat... hahahahahaha! celaka... ayat bangang sebab lapar) kerana dulu telinga aku dah lali dengan kutukan dan cemuhan warga tua. Istilah yang aku rasa paling lawak ialah "Keman Gam" dan celaka sebab mana ada orang buat macam tu, tu ayat cedok dari mana ntah, mamat duduk di ceruk paling tak maju di dunia pun tak guna istilah tu...hahahahahaha. Bukan mahu menyingkap sejarah dan titik dendam yang aku rasa bodoh, tapi dulu aku memang jahat sebab nak pergi main bola tak mampu nak beli kasut bola tu ah... main dengan kaki ayam, berlubang kaki kena tenyeh.

Aku dan member dulu kaki lepak tengok orang main bola kat tepi padang kampung di samping bermain bola di padang belakang bangsal lembu dihujung kampung sana (geng main dengan kaki ayam). Tapi generasi kami tidak buta dengan bola sepak dan banyak sejarah tentang perkembangan bola sepak kampung kami ketahui dan menjadi antara agenda perbincangan paling top ketika menjadi kaki lepak tegar di kampung. "Guli Pulut", "Pakuk", dan "Pusin Tieng" adalah istilah top untuk menggamatkan suasana walaupun aku akui 80% generasi pertengahan meluat tengok kami lepak pagi petang siang malam tak kira waktu. Tu yang kena cop kumpulan takda wawasan diri, puiii... masa tu kami dah pasang cita-cta apa - aku masa tu 1.Nak jadi askar yang ada degree dan berpangkat kapten - sebab tak mau jadi mcm Leftenan Adnan  2.Nak jadi peguam beb, dapat loyar buruk memanjang di Mahkamah 3.Masuk Universiti dan ambil degree undang-undang sambil masuk PALAPES dan boleh jadi peguam askar - ne pengaruh cikgu sejarah aku yang berpangkat Leftenan Muda di SMK Matu dulu. <><><> Begitu juga dengan dengan member lain, tapi rezeki tu Allah yang bagi, nak buat macamana kan.

Kampung Tian dengan bola sepak adalah satu agenda yang aku rasa sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata dan cuma gambar yang boleh menterjemahkannya. Tapi dulu-dulu takda DSLR nak rakam dan semua kenangan tu tersisip dalam lipatan memori warga pertengahan seperti aku. Generasi sebelum aku dikira extreme, generasi aku dalam kategori keterbukaan, dan generasi sekarang aku tak tahu nak kategorikan. Apa yang aku sampaikan sebenarnya? Tidak lebih sekadar perkongsian dan tidak kurang sebagai catatan memori lama yang tidak akan hilang... cuma aku kecewa, kecewa dengan arus modenisasi kampung yang sukar untuk dimengerti dan sukar untuk diperkatakan. Jadi layan video kartun BOLA KAMPUNG yang bagi aku best...korang rasa tak best pi guna spek hitam waktu malam...hahahahahahahahahaha.



Nota:
1. Dulu-dulu pasukan bola sepak Kampung Tian digeruni dengan slogan "Tubeng Balau" hahahahaha.
2. Aku tak champion main bola, tapi champion kalau makan rambutan Kampung Tian.
3. Susah sudah nak lihat warga pertengahan seperti aku yang aktif bermain bola di kampung berbanding era 90-an dahulu.
4. Pemain layjen Kampung Tian, cuba korang senaraikan... aku mulakan dengan si Kait, kalau tak tahu...lantak korang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...