Wednesday, December 14, 2011

Pemandangan Kampungku : Kesuramanan Kian Jelas

Gambar ini aku ambil ketika cuti hari raya tahun 2011 dan sudah aku muat naik di facebook beberapa bulan yang lepas. Biasanya aku ne jenis yang suka mengambil gambar walaupun kadangkala gambar tu bukannya cantik sangat. Selepas dibuat sedikit pengubahsuaian (edited) jadilah gambar seperti di bawah. Nampak suram dan bagi aku seolah-olah kemajuan negara semakin jauh melambai-lambai meninggalkan kampung. Dengan sungai yang semakin sempit... jambatan yang kiang usang dan warga kampung semakin leka dengan kelam pembangunan desa. Tidak mustahil satu hari nanti, Kampung Tian akan terus sepi seperti gambar yang aku ambil ini. Kalau tak dibuat pembaharuan, selepas PRU 13 ini aku yakin hanya anak warga yang faham akan apa yang aku cakapkan ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...