Wednesday, December 28, 2011

Perkongsian Idea Anak Watan Kampung Tian

Selepas berkecimpung dalam dunia blog sejak 2009, aku masih lagi meletakkan blog sebagai satu wadah untuk menulis dan menilai sesuatu untuk dikongsikan bersama-sama rakan mahupun pembaca. Memang aku tak nafikan blog-blog yang aku hasilkan tidaklah sehebat blog-blog otai dalam dan luar negara. Malahan jumlah pengunjung pun bukanlah boleh dibanggakan kerana kandungan blog aku lebih terarah kepada isu-isu peribadi dan jarang sekali aku menulis artikel yang jauh daripada kaitannya dengan ruang lingkup hidup aku sendiri. Apabila berbincang tentang motif utama untuk menulis artikel yang baik di blog, asas utama ialah kita dekat dengan sesuatu sumber atau apa yang cuba kita bincangkan. Oleh yang demikian, sejak entri pertama pada 1 November 2011 atau pada 1 Pidai (The Month of the Discoloured Skies) 2011 mengikut kiraan kalendar Melanau seperti artikel aku di blog peribadi Anak Melanau, banyak entri dalam blog ini berkisarkan sumber yang aku perolehi melalui pengalaman mahupun pembacaan semasa.


Selepas beberapa entri yang berkisarkan tentang kampung yang menjadi kebanggaan anak watan, aku masih lagi belum mendapat artikel yang dibuat oleh rakan-rakan di kampung mahupun anak watan Kampung Tian yang mencari rezeki di tempat orang. Aku tidak kisah walaupun entri yang akan dibincangkan dalam blog ini hanya dihasilkan oleh aku seorang kerana masalah keterbatasan masa dan idea adalah sukar untuk dijelaskan. Walau bagaimanapun aku masih berharap agar suatu masa nanti ada anak watan Kampung Tian akan sudi berkongsi artikel yang menarik dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan kampung yang kita cintai. Idea seseorang kadangkala akan menjadi sesuatu yang memberi inspirasi kepada orang lain kerana gaya penulisan dan berhujang adalah sesuatu yang subjektif. Setiap artikel yang terdapat dalam blog ini sehingga entri ini ditulis adalah gaya dan idea penulisan aku yang bukanlah sesuatu yang hebat, sekadar gaya penulisan anak watan Kampung Tian yang merantau mencari rezeki di tempat orang.



Oleh yang demikian aku meletakkan antara syarat yang boleh dijadikan rujukan oleh rakan-rakan pembaca dan mana-mana anak watan Kampung Tian untuk berkongsi artikel dan perbincangan demi kebaikan bersama dalam blog ini. Syarat asas adalah artikel yang tidak berunsur plagiat ataupun artikel yang dinyatakan sumbernya. Berikut antara asas yang diperlukan:

Tema Artikel : Semua yang berkaitan dengan Kampung Tian (pengalaman mahupun cerita peribadi anda)

Bahasa : Bahasa Melanau (Loghat Matu - Tian), Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris

Artikel perlu disertakan gambar yang berkaitan.

Sekiranya anda tidak tahu untuk berblog, anda boleh menulis di "Micrsoft Words" dan menyertakan gambar yang berkualiti (diletakkan dalam artikel dan dihantar dalam fail yang berasingan).

Artikel anda akan ditapis dahulu sebelum dimasukkan dalam blog ini.

Artikel perlu disertakan maklumat berikut:

Nama Penuh Penulis: ______________ (anda boleh sertakan nama panggilan)
Pekerjaan: _______________________ (nyatakan bidang kalau tidak mahu penuh)
-Pekerjaan termasuklah masih belajar- Masukkan Nama Institusi kalau masih belajar
Lokasi rumah di Kampung Tian: _____
Alamat email: ____________________
No Telefon: ______________________ (kalau mahu)

Anda boleh menghantar artikel terus ke email aku : aku8978@gmail.com

MAAF! Artikel anda tidak dibayar... ini adalah sekadar perkongsian bersama




2 comments:

  1. This idea is the base of Kampung tian Blog... hope someday, there are anak watan Tian will send me an articel. Hopely... soon

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...