Istilah Rumahku Syurgaku kadangkala
menyebabkan aku terfikir, adakah rumah yang aku sediakan mampu
mengintegrasikan maksud tersebut kepada bondaku? Susah untuk aku
rungkaikan kerana apa yang tersurat tidak semestinya mampu menjelaskan
apa yang tersirat. Tetapi sejak jauh merantau melihat dunia dan jauh
meneroka alam maya ini, aku masih tidak mampu merungkaikan istilah
Rumahku Syurgaku kerana nilainya adalah terlalu tinggi untuk aku capai
dengan kemampuan aku sebagai seorang guru biasa yang hanya berkhidmat
demi meneruskan tuntutan duniawi.
Negara
Malaysia sudah merdeka dan warga Bumi Kenyalang sudah lama mengecapi
selepas noda hitam tinggalan keluarga Brooke, patih getir zaman Jepun,
onak dan duri zaman British. Adakah kibaran jalur gemilang dibawah ini
menidakkan yang kita sudah merdeka?
 |
Kalau tak bangga tengok Jalung Gemilang... lu pergi minta jadi warganegara Uganda |
Jadi
untuk semua warga kampung tian, saudara-saudara seagama,
saudara-saudara sebangsa, saudara-saudara zaman remaja... pilih mana
yang boleh dikatakan rumahku syurgaku...pilihan anda alah rahsia dan
tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Malahan kalau anda
sudah merdeka dengan istilah sejarahnya, anda layak untuk membuat
pilihan dengan rasa dan pendirian sendiri, aku tak kisah...
 |
Rumah kat taman aku tak mampu nak beli |
 |
Apartment gaya hidup orang kota |
 |
Banglo ne harga RM1 juta...sampai mati aku tak mampu |
 |
Rumah kayu yang generasi tua suka |
 |
Rumah aku kat tingkat 3, bayar setengah mampus |
 |
Ini rumah kat kampung aku masa zaman merdeka???? |
No comments:
Post a Comment