Wednesday, December 14, 2011

Warga Kampung Tian Perlu Celik IT

Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah "Perpustakaan Kongres".

Di atas adalah sedikit cebisan maklumat tentang perpustakaan yang boleh diperolehi melalui wikipedia walaupun apa yang dinyatakan oleh sumber seperti wikipedia bukanlah bersifat ilmiah, tetapi cukup untuk menjadi rujukan sebagai perbincangan. Kenapa tidak dianggap ilmiah? Kerana ia bercorak kolabarasi dan aku pun ada akaun di sana dan sudah menyunting hampir 20 peratus aspek yang berkaitan bangsa Melanau. Hahahahahaha... Aku bukanlah golongan Natif Digital kerana lahir sebelum tahun 1990-an yang menjadi penanda aras kepada kemunculan celik IT ini. Aku adalah golongan Digital Immigrant yang sudah biasa dengan aspek teknologi berkomputer khususnya ICT. Apa kaitan pengertian perpustakaan dengan cerita aku ne, sebenarnya ada kaitan dengan gambar berikut:

Klik untuk sumber

Kenapa jadi suram dan kelam laman web di atas? Blog pun tak boleh di akses langsung.. tu gambar perpustakaan kampung aku la wei. Kalah dengan ledakan web 2.0 yang lebih mesra pengguna seperti facebook dan blog? Mungkin lah kerana kadar dan tahap celik IT sebenarnya dipengaruhi oleh banyak aspek luaran. Tidak semestinya anda lahir dalam tahun 1992 anda memang celik IT... anda hanya golongan Natif Digital dan kalau takda komputer di rumah dan talian internet anda tidak akan celik IT juga. Kemudian hari ini bekalan talian internet di klinik kesihatan Tian dan laptop 1Malaysia telah memberi impak yang lebih jelas daripada kemudahan perpusatakaan di atas. Buktinya... hampir 500 warga kampung tian khususnya remaja di kampung memiliki akaun facebook walaupun banyak lagi tidak. Perkara tersebut cukup untuk membuktikan ledakan tersebut walaupun tidak sehebat di kawasan bandar.

Persoalan aku sekarang ialah...adakah perpustakaan di Kampung Tian masih beroperasi seperti matlamat asalnya? Terus terang aku nyatakan, sekiranya peralatan komputer masih seperti asal...sukar untuk meledakkan lagi celik IT di kampung. Malahan aku sebagai anak warga kampung yang masih bersekolah sekitar tahun 1997 pun belum pernah menggunakan segala peralatan dalam perpustakaan di atas? Cuba tanya dengan diri anda... pernah tak masuk perpustakaan tersebut? Pernah tak meminjam buku dari perpustakaan tersebut? Aku cuma pernah masuk sekali sebab nak tengok awek-awek yang lawa kat sana je... hahahahahahaha, masa dulu aku masih lagi budak kampung yang buta ICT. Sekarang boleh lah sikit sekadar untuk tidak buta mata dan tidak buta hati.

Sekiranya kemudahan perpustakaan di atas dapat dimanfaatkan oleh warga remaja di Kampung Tian, korang akan celik IT walaupun tidak masuk ke mana-mana IPT. Aku yakin tu... malahan korang akan tahu maksud hardisk, RAM, ROM, CPU, Graphic Card, Power Supply, Motherboard, Komputer, OS, Perisian, dan bla bla bla lagi. Kemudian korang akan dapat lihat dunia dari sudut yang berbeza. Bukannya melihat dunia dari sudut jiwa korang sahaja... kalau tak percaya tengoklah akaun facebook korang dan bandingkan dengan akaun facebook orang lain. Kemudian perpustakaan tu boleh ubah sudut pandangan korang...kenapa aku merapu ne? Kerana dulu aku pun anak kampung macam korang yang takda apa-apa dan aku bengang tengok gambar akaun facebook merapu walaupun aku tak kenal sangat korang...hahahahahahaha.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...