Saturday, January 21, 2012

Kenangan Musim Banjir di Kampung

Semasa zaman aku sekolah rendah sehinggalah jadi budak sekolah menengah yang otak masuk air, memang kenangan musim banjir di kampung adalah sesuatu yang sukar untuk diletakkan dalam memori basi hidup aku walaupun sudah lebih 3 dekad menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH SWT. Kenangan musim banjir ini adalah sesuatu yang unik bagi warga kampung aku dan aku berani menyatakan keunikkannya kerana musim banjir ibarat sesuatu yang memberi rahmat dari aspek yang warga kampung lain dalam daerah Matu nikmati. Kenapa aku katakan demikian? Kenapa? Mungkin bagi anak jati Kampung Tian, banyak lipatan memori indah musim banjir ini dan ianya berbeza dari segi realitinya, tetapi dari aspek konsep aku berani kenangan yang aku lalui tidak jauh bezanya dengan anak-anak jati kampung sendiri.

Musim Banjir Sinonim dengan Kedatangan Tahun Baru Cina

Musim banjir adalah sinonim dengan kehadiran Tahun Baru Cina dan SELAMAT BERCUTI untuk warga kampung Tian dan SELAMAT TAHUN BARU CINA untuk penduduk kampung Tian berketurunan Tiong Hua. Memori indah semasa banjir ini ialah mandi sungai ataupun "PABOH" dan aku sudah berjuta-juta kali mandi sungai semenjak zaman sekolah rendah dan 80% adalah semasa musim banjir ini. Adalah sesuatu yang kurang manis sekiranya anak-anak gadis sunti kampung pun mandi sungai, tetapi ini adalah sesuatu yang lain terutamanya semasa musim banjir. Perkara ini dapat kita perhatikan terutamanya di kawasan kampung Masjid hinggalah ke kawasan Kampung Tangki Air dan Kampung Tebuwau. Semua orang bagai nak rak mandi sungai walaupun airnya hitam macam coca cola. Aku masih ingat lagi bagaimana suara mak aku marahkan kami disebabkan mandi dari pagi hingga ke matahari tegak atas kepala tanpa ambil pusing tentang keselamatan diri. Nasib baik tiada rekod rakan-rakan yang menyelam sampai ke akhir hayat mahupun menyelam sampai tak timbul-timbul lagi.

Satu-satunya pemandangan musim banjir 2012 yang dirakam. KLIK

Kenangan ini berterusan hinggalah aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah dengan lebih banyak aktiviti musim banjir yang mewarnai masa lapang ini. Apa yang paling aku suka ialah semasa musim banjir pada penghujung tahun (musim cuti sekolah) kerana aktiviti yang lebih mencabar dapat dilaksanakan dengan jayanya. Malahan sejak menjejakkan kaki ke sekolah menengah terutamanya apabila masuk ke tingkatan 4, suara mak aku marahkan aku sudah mulai berkurangan, mungkin kerana aku dah besar panjang dan mungkin juga kerana usia 16 tahun itu remaja sudah boleh memilih apa yang baik dan pandai menilai tentang hitam putih kehidupan. Berikut adalah aktiviti musim banjir utama:

01. PABOH (Pelik Taluk)
02. MENAUT
03. MEMAKAK TETIKOI
04. MASANG BERONG
05. MASANG... Wak alah berong gaya duh, kakal aong... liluk ko ngadan, slaka
06. PEPELAH KAJUK KABAK WANG SUNGAI @ PELIK SALOI
07. MALAP RAM
08. MEMESAY PERAAS : Beliun bay agik ikan peraas abey seno ubang eh
09. MENAK SALOI PEBAK BATOH @ PELIK LAYAH
10. JEMALA'k IKAN WANG SUNGAI 

Banyak sudah jasa sungai Tian kepada warganya semasa musim banjir dari aspek sosialiti dan ekonomi setempat walaupun ianya tidaklah begitu ketara seperti musim rambutan yang aku ceritakan sebelum ini dalam aspek ekonomi warganya. Tetapi apa yang aku ingin kongsikan ialah bagaimana musim banjir ini menjadikan aku sebagai anak kampung yang pandai berenang. Bagi aku sesiapa yang cakap budak kampung Tian seusia aku tidak pandai berenang adalah mulut kurang ajar atau boleh dikategorikan otak udang dan layak dilempar ke negara Mozambiuque yang tiada sungai dan pesisiran pantai. Hatta kanak-kanak berusia 7 - 8 tahun pun boleh berenang bagi aku dalam istilah yang mudah dan bukannya sehebat Daniel Bego atau Ian Thorpe. Malahan pernah rakan aku menyatakan bahawa istilah berenang tersebut bukannya boleh diterima kerana boleh lemas juga. Jawapan aku mudah walaupun ada sedikit Fallacy nya iaitu Ian Thorpe tu pun mati lemas kalau karam masa naik bot di muara Sungai Rajang sana. Layan dulu suasana banjir sekitar 2 -3 tahun yang lepas berikut:




Bukan persoalan utamanya kemahiran berenang, tetapi persoalan utamanya ialah boleh berenang kerana pengalaman aku bercampur gaul dengan manusia lain dalam skop negara Malaysia kerana ada yang masuk je dalam air terus tenggelam dan tak mampu mengapung diri. Aku yakin 100% anak-anak warga Tian boleh mengapungkan diri dalam air, kalau tak dapat bagi aku ko tu orang kampung Tian celup wei. Kemudian 99% anak warga Tian bukan mahir berenang dan buktinya takda pun aku jumpa diaorang ikut pertandingan renang peringkat sekolah, bahagian, negeri, mahupun peringkat Planet Musytari...hahahahahahaha. Kemudian kesedapan "pais ikan tetikoi" adalah sukar untuk diterjemahkan dan aku sekali lagi berani berkata bahawa bukan senang nak buang isi perut ikan tu. Kalau anak gadis alang-alang dia akan merungut dan aku rasa memang aku sendiri pun tak akan buat walaupun aku pun suka makan. Malahan keenakkan ikan keli yang diperolehi semasa "MENAUT" adalah sukar diterjemahkan, apa lagi dibandingkan dengan keli ternak yang berada di pasaran sekarang.

Jadi anak warga kampung Tian, kenapa aku buat artikel ini dengan nada sedikit sinis? Kalau korang tak rasa kesinisannya dan tidak pula merasakan kenangan musim banjir ini sebagai satu yang boleh disimpan dalam lipatan sejarah kampung berbanding gambar profile facebook kamu yang %6&&*(r%(( tu... aku rasa tiada apa yang perlu dirisaukan. Malahan aku rasa satu hari nanti kampung kita tidak akan lagi dilanda banjir dan musim banjir adalah sesuatu yang asing bagi generasi muda disebabkan ramai yang sudah berhijrah ke kota dan menjadi MELAYU. Wakakakakakakakaka dan AKU ANAK MELANAU. Mungkin juga tidak berkesempatan untuk merakam suasana banjir ini ataupun mungkin juga kerana kita dibezakan dengan sempadan kampung? Terpulanglah kepada siapa-siapa kan, yang penting kenangan musim banjir ini akan terus segar dalam lipatan memori generasi seperti aku yang sudah 3 dekad menjadi manusia.

Mohamad Hail Amir... Artis Asrama Hang Jebat SMK Matu Tahun 1994


Nota:
1. Korang perasaan tak group ne ada 85 keping gambar, 264 ahli, dan 2 dokumen yang diceritakan?
2. Korang rasa kan... kampung kita indah ke tak?
3. Korang rasa kan... apa faedah main FB dan aku buat blog ini?
4. Korang rasa kan... duduk kampung jadi penganggur korang boleh lupakan isu semasa ka?
5. Aku tunggu artikel korang... aku8978@gmail.com


3 comments:

  1. Salam 1 Malaysia kepada tuan punya blog dan kepada semua warga kampung Tian. Perkongsian yang menarik. Pengalaman sewaktu banjir di kampung sendiri memanglah sesuatu yang sukar untuk kita lupakan,kerana itulah setiap daripada kita mempunyai pengalaman yang amat manis semanis gula. Kampung kita (Tian) ketika musim banjir, semua rumah seolah-olah terapung di atas air.

    * p/s kalau tak pandai berenang itu ertinya orang tu kampung Tian celup. hehehe

    ReplyDelete
  2. Sampah terapung gak pengumpul blog.. hahahahahaha. Bila ko nak kongsi artikel ne? Hahahahahahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...