Tuesday, February 14, 2012

Makanan Tradisi Masyarakat Kampung Tian

Bila berbincang tentang tradisi masyarakat, perkara yang paling dekat dan sering dilupakan ialah makanan tradisi yang menjadi sajian utama dalam masyarakat. Walaupun kadangkala ianya ekostik dan tidak menarik minat suku bangsa lain. Aku bukanlah seorang yang layak untuk membincangkan apa yang menarik dan penting dalam menceritakan tentang makanan ini, oleh yang demikian perbincangan lanjut akan dibuat demi untuk membentuks satu artikel yang menarik dalam blog ini di kemudian hari. Jadi bagi aku, berikut merupakan makanan tradisi yang aku ketahui sedikit. Diharap boleh dikongsikan oleh rakan-rakan:

Idea asal entri

Berikut merupakan makanan tradisi yang mungkin dapat dilihat dalam kalangan masyarakat Kampung Tian khususnya semasa musim perayaan dan kadangkala diwarisi turun temurun resepinya oleh generasi tua. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, artikel ini adalah sebagai garis panduan asas semata-mata kerana bila berbincang tentang tradisi makanan ini, gambar penuh dengan sedikit penjelasan adalah lebih afdal: Jadi mulakan makan dengan



Bubur Pedes : Makanan Bulan Puasa

Kupas : Orang Tian yang terlibat dengan kerja Memakak selalu buat

Tegup : Makanan ibarat keropok dulu-dulu

Sagu : Makanan Ruji no 1 warga emas kampung

Penyarem : Wajib ada masa SAREY

SIYET : Makanan eksotik, aku tak pernah makan

Umai : ermmmm my favourate

Sambal Belacan : Ada juga yang tidak makan

UPDATE : Buak asem... adak jeneruq boleh nyam eh

Nota:
1. Artikel penuh masih dalam proses mengarang, menyadur, menelaah dan sebagainya
2. Rakan-rakan yang ada gambar menarik bolehlah dikongsikan bersama
3. Makanan tradisi ini kadangkala semakin pupus dan hanya diketahui oleh generasi tua kampung

Sunday, February 12, 2012

"Pamuk" Tradisi Masyarakat yang Kian Terhakis

Pamuk adalah istilah yang sinonim dengan masyarakat Kampung Tian sejak zaman berzaman dan tradisi ini adalah antara faktor yang menyebabkan masyarakat melanau semasa zaman penjajahan Jepun tidak dilanda kebuluran seperti yang aku nyatakan dalam artikel sebelum ini di SINI. Walaupun tiada bukti ilmiah menyatakan tentang aspek terebut, tetapi jika dilihat dari aspek makanan ruji pilihan generasi berumur 40-an ke atas pada hari ini, aku yakin dengan fakta tersebut. Bila disebut berulam, perkara yang terbayang dalam kepala generasi muda pada hari ini lebih terarah kepada budaya masyarakat Malaysia berbanding budaya tradisi masyarakat Kampung Tian secara keseluruhannya. Ini kerana gaya berulam yang sinonim dengan persekitaran aku membesar adalah jauh lebih unik dan sagu adalah antara menu utama yang menyerikannya.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dan beranggapan nasi lebih dominan, tapi itu terpulang kepada sesiapa untuk menjelaskannya kerana bagi aku, sagu tetap menjadi pilihan dan aku asingkan istilah "Pamuk" dengan "Berulam" kerana mungkin berulam boleh menggunakan nasi tetapi pamuk mesti menggunakan sagu. Ini kerana adat dan budaya warisan bangsa adalah berbeza mengikut lokasi, bangsa, dan kepercayaan sesuatu suku, kaum, dan bangsa itu sendiri. Malahan memang ada dalam kalangan generasi seperti aku di kampung yang tidak terlibat dalam aktiviti pamuk ini kerana itulah lumrah manusia dan aku bagi perbandingan kerana aku sendiri merasakan satu penyeksaan jika menggunakan LAPTOP berbanding DESKTOP (keyboard senang hempas...wakakakakakaka).

Proses membuat sagu menjana budaya "PAMUK" masyarakat Kampung Tian

 (bukan pamuk tapi makan). Ambik dari FB anak buah aku yang HENSEMBOY

Budaya pamuk memang sesuatu yang amat unik dalam kalangan masyarakat Kampung Tian terutamanya semasa musim "SAREY" atau berjaga semasa tradisi kematian dalam kelompok keluarga terdekat mahupun tidak. Perhatikan gambar di atas! Mula-mula aku fikir pamuk, tetapi anak buah aku yang sengih tu cakap masa majlis kahwin, patut pun pegang pinggan sorang satu (yang baju putih tu orang kuat kampung, pegang pinggan kaler kuning penyokong LIVERPOOL dan rajin mengambil buah jambu di rumah ustaz yang kami suka makan, hehehehehehehehehe... tanya PEMILIK AKAUN). Cerita lanjut boleh tanya dengan Bario Ex-Tream hahahahahaha. Mungkin ramai yang pernah melalui pengalaman pamuk semasa majlis, di rumah bersama keluarga, mahupun semasa lepak bersama rakan-rakan ketika mencari rezeki di tempat orang dan ianya adalah pengalaman yang mungkin sukar untuk dilupakan.

Walaupun sudah lebih sedekad aku merantau, tetapi budaya dan warisan bangsa yang memang aku tidak jumpa di Negeri di Bawah Bayu ini menjadikan aku sering terfikir untuk berkhidmat di tempat sendiri. Tapi tunggulah sehingga aku pencen, kalau hari-hari melalui tradisi ini, aku rasa tidak juga berharga nanti kan. Semasa melayari facebook, kadangkala kita tidak terfikir betapa tajuk yang kita bincangkan adalah sesuatu yang berharga dan lihat perbincangan berikut:

Perbincangan di Wall Group Melanau Tian Mato

Aku takda idea nak update blog dalam minggu ini kerana sibuk nak bersedia bentang proposal kajian dan walaupun dah dibentang pada hari sabtu (kelmarin) penangannya masih buat aku malas disebabkan aku dah selesai bentang dan tak tahu nak buat apa. Tetapi TERIMA KASIH kepada sniper ATM kita si "Signal Line" (Aku MP dan dapat tangkap apa dia cakap, maklumlah MP ne askar semua takut, wakakakakaka...merepak jap) kerana aku dapat idea melalui ayat penutup mudah beliau iaitu terjemahannya ..."Apa yang awak semua cakap ini, semua sekali tu sedap-sedap belaka"... Hahahaha, ayat bahasa Malaysia baku lebih panjang untuk dibuat rupanya berbanding gaya aku mengarang yang kadangkala dipengaruhi oleh bahasa pasar. Budaya "Pamuk" atau berulam ini merupakan tradisi yang perlu dipelihara oleh generasi muda dan selain sagu, berikut adalah menu yang boleh dilihat semasa pamuk.

Sambal Belacan dalam erti kata penduduk Kampung Tian : SUMBER

Pasangan macam "pinang dibelah dua" dengan sambal di atas : SUMBER

Kalau kat luar mesti jumpa ulam cam ne, kadangkala je terfikir nak makan

Aku tak suka Buak Jerin atau dalam BM "Buah Genuak" : PEMINAT buah ne

Ada dlm sambal belacan ikan bilis ne, kadangkala makan camtu je. SUMBER

"Kupas" atau udang kering... Fuh! sedap kalau buat sambal belacan

Air teh (gambar sekadar hiasan, takde sumber nak ambik). Nantilahhhhh...

Walau bagaimanapun, memang tidak aku nafikan kadangkala lain orang lain seleranya dan aku memang lebih memilih kacang panjang sebagai peneman utama semasa "Pamuk" ne kerana ianya sukar untuk aku gambarkan. Manakala menu semasa pamuk ini juga kadangkala berlainan mengikut seadanya dan bergantung kepada keadaanlah. Gambar yang aku masukkan adalah mengikut kepentingan dan terpulang kepada siapa-siapa untuk menikmati aktiviti pamuk ini mengikut selera sendiri. Walaupun artikel ini aku rasa panjang, tetapi masih banyak lagi yang boleh diceritakan tentang tradisi yang semakin terhakis dek kemodenan ini.


Nota:
1. Siapa suka "PAMUK" angkat tangan
2. Siapa setuju dengan artikel komen... hahahahahahaha
3. Tajuk kedua yang penting dalam kajian warisan budaya masyarakat Kampung Tian

Thursday, February 9, 2012

Warisan Bangsa dan Luahan Anak Perantau

Negeri Sarawak merupakan sebuah entiti penting dalam proses pembentukan Persekutuan Malaysia sejak lebih 5 dekad yang lalu dan merupakan sebuah negeri yang sering dikaitkan dengan lambang burung Kenyalang. Mempunyai keluasan 124, 449 kilometer persegi yang mewakili 37.7 peratus keluasan Persekutuan Malaysia, negeri Sarawak merupakan negeri terbesar dengan populasi suku kaum yang mencecah 23 suku. Iban dan Melayu Sarawak adalah antara suku yang paling dikenali di Bumi Kenyalang di samping suku-suku lain seperti Melanau, Kejaman, Kiput, Punan, Saban, dan sebahagian lain yang masih kurang dikenali. Aku menyenaraikan suku-suku tersebut disebabkan aku mempunyai rakan semasa bergelar pelajar di IPT hampir sedekad lalu dan aku sendiri adalah antara suku yang mungkin kurang dikenali jika dikira mengikut loghat bahasa yang aku gunakan. 

Cuba teka, rumah ne kat mana. Dah Teka... Betul ke tak? JAWAPAN

Bangsa Melanau mempunyai pelbagai suku dan terdapat sedikit perbezaan yang kadangkala tidak diketahui oleh penduduk luar Sarawak. Malahan pengalaman aku sendiri berkhidmat dalam bidang pendidikan di Negeri di Bawah Bayu membuktikannya apabila soalan mudah yang sering ditanya oleh rakan sejawat pada peringkat awal pertemuan ialah, "U ne Iban ka? Awak tinggal di Kuching ka? Awak bangsa apa ye?. Selepas bertukar sekolah tempat bertugas, aku berani menyatakan bahawa hanya 5 peratus daripada kenalan aku yang mengetahui aku adalah bangsa Melanau dari suku Matu Daro dan selebihnya adalah masih lagi dengan persepsi mudah iaitu orang Sarawak mesti berasal dari Kuching dan berbangsa Iban atau Melayu. Kenapa perkara ini berlaku? Adakah dalam kalangan guru-guru ini buta geografi walaupun ada yang berkelulusan Sosiologi dan Antropologi? Selepas merenung melalui maklumat dan literasi sendiri, perkara mudah yang aku kaitkan ialah tida terdapat satu pun maklumat yang menyenaraikan dengan lengkap semua suku yang terdapat di Negeri Sarawak. Soalan mudah aku, berapa ramai yang mengetahui kewujudan suku Kiput di Miri? Malahan kalau tidak mempunyai rakan dari suku berkenaan aku mungkin tidak mengetahui kewujudannya.

Populasi Utama Suku Melanau (Matu Daro) : berkongsi Loghat yang sama

Kemudian suku Melanau yang mendiami kawasan Delta Sungai Rajang di Sarawak yang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia pun masih lagi merupakan antara suku yang kurang dikenali. Apakah suku Melanau ini tidak mampu menggapai kejayaan? Lupakan tentang politik kerana ianya bukan untuk menilai tentang betapa masyarakat Bumi Kenyalang mempunyai kepelbagaian warisan dan idea yang boleh menjana perkembangan budaya bangsa di Malaysia. Bagi aku masalah keterbatasan bahan rujukan dan budaya bangsa yang semakin pudar digamit memori zaman dahulukala menjadikan bangsa Melanau khususnya suku Matu Daro ini seakan hanya entiti yang tidak mempunyai identiti di mata masyarakat Malaysia. Berapa ramai dalam kalangan generasi muda yang masih berbangga dengan warisan bangsa? Berapa ramai yang masih berbangga menggunakan bahasa ibunda? Berapa ramai yang masih menjadikan warisan bangsa sebagai wadah untuk berbicara? Berapa ramai generasi muda yang sanggup memperjuangkan identiti bangsa? Berapa ramai anak bangsa yang masih tidak memahami betapa pentingnya nilai warisan sendiri?

Budak kampung Tian... korang pernah makan? Pernah tengok orang buat?

Kalau Terjumpa Buku Tajuk Begini, Berapa Nilai dengan RM anda????

Sebagai anak jati Matu Daro yang jauh merantau di negeri orang demi sesuap rezeki untuk ibu tercinta, adalah menipu kalau aku katakan aku tidak ingin berkhidmat di tempat sendiri. Dekat dengan keluarga, dekat dengan sanak saudara, dekat dengan rakan taulan, dan dekat dengan warisan bangsa. Tapi aku mempunyai seribu sebab dan alasan yang aku pendamkan kerana aku hanya anak kampung yang melihat betapa aku masih perlu berkhidmat di tempat orang dalam tempoh sedekad dua lagi. Pernahkah generasi muda di daerah kelahiranku terfikir tentang betapa warisan bangsanya semakin suram dimamah kemodenan dan mungkin persoalkan apa yang aku kongsikan ini. Lagipun persoalan mudah, kenapa aku tak buat entri ini menggunakan bahasa ibunda? Kenapa? Hanya anak Melanau yang faham tentang betapa Dinamiknya bahasa Melanau itu akan bersetuju dengan tindakan aku menulis entri ini dengan bahasa Melayu. Mungkin lebih baik jika entri ini ditulis dalam Bahasa Inggeris yang lebih bersifat Statik.

Pernah Nampak? Tahu tak baju apa ne? JAWAPAN

Bangsa Melanau terdiri daripada pelbagai suku, malahan mempunyai identiti berdasarkan loghat dan warisan budaya yang hampir sama. Hanya loghat yang membataskan komunikasi antara setiap lapisan generasi dan aku sendiri akui betapa aku masih buta dengan identiti sendiri dan masih jauh daripada mengenali identiti bangsa sendiri. Adakah anak bangsa aku kemudian hari akan terus dilambung gelombang kemodenan hingga lupa asal usul, hingga lupa identiti, hingga lupa siapa diri, dan hingga lupa perkataan Melanau itu sendiri. Tidak perlu jauh menilai, cukup dengan Daerah Matu-Daro-Igan yang mempunyai keluasan 667.28 kilometer persegi dengan komposisi kaum adalah 73 peratus berbangsa Melanau. Walaupun terdapat sedikit kelainan loghat khususnya di daerah kecil Igan, generasi muda Melanau khususnya di kampung Tian tempat kelahiranku semakin menikmati arus dan gelora kemodenan. Ramai yang sudah lupa tentang warisan bangsa dan ramai yang tidak boleh menyenaraikan berapa banyak identiti tentang bangsa sendiri. Isu yang bukan merujuk kepada salah siapa, tetapi isu yang berkaitan tentang tiada rekod untuk dijadikan rujukan dan sandaran. 

Nota Totian:
1. Sila sumbangkan karya anda
2. Jadilah generasi yang peka dengan warisan bangsa



Saturday, February 4, 2012

Friday, February 3, 2012

Kenangan Budak Sekolah Menengah : Saguk dan Tegup Warisan Anak Watan Tian

Zaman aku sekolah menengah di SMK Matu sekitar awal tahun 1990-an dulu memang banyak kenangan yang berkaitan dengan dua warisan yang semakin hilang ditelan kemodenan ini. Saguk dan Tegup adalah sebahagian daripada apa yang aku kategorikan sebagai warisan yang tidak hilang dalam kenangan dan cuma akan hilang dimamah kemodenan suatu hari nanti. Banyak kenangan tentang Saguk dan Tegup ini yang sering bermain dalam kepala otak aku, semua tentang zaman sekolah menengah. Tapi yang paling menarik ialah bagaimana masyarakat rumpun Melanau khususnya di bahagian Mukah, Oya, Dalat, dan Matu (Tian) yang jauh dari masalah kebuluran dengan hanya bertemankan ubi kayu semasa zaman Jepun. Kronologi sejarah ini mungkin kurang mendapat tempat dalam titipan sejarah kerana kurangnya anak Melanau melihatnya dari sudut ilmiah dan sibuk berpolitik menggunakan media ke-3. Buktinya boleh dilihat pada hari ini apabila generasi berusia 40-an ke atas di kampung Tian selesa dengan Saguk sebagai makan utama (Pamok ubak tlo) berbanding generasi 30-an ke bawah yang selesa dengan nasi. Kalau tak percaya nilai ahli keluarga anda sendiri, dan hasilnya adalah sesuatu yang mungkin tidak disedari oleh anda sebelum ini.

Semasa berada di tingkatan 4, aku rasakan dunia ini adalah seperti satu ruang lingkup yang sempit dengan kawasan paling jauh ialah Sibu dan Sarikei. Malahan pengalaman lapar di waktu malam adalah gaya hidup biasa budak di asrama dan mungkin hormon di usia 16 tahun adalah faktor utama. Bayangkan ramai dalam kalangan rakan-rakan termasuk aku sendiri boleh makan Saguk sambil berbual kosong atau menghirup air teh dewan makan yang macam celaka sambil hisap rokok Djarum. Kalau di kampung pun tiada orang tua kampung yang buat seperti yang kami buat dan setakat satu tin milo Saguk, ianya hanya mampu bertahan dalam tempoh 1-2 jam. Kenangan yang aku rasa sedikit lawak walaupun sudah samar-samar dan Mee Miko adalah makanan ruji di waktu malam asrama SMK Matu di samping kewujudan Saguk yang datang entah dari mana dibawa oleh rakan-rakan. Proses membuat Saguk dan Tegup ini bukanlah sesuatu yang mudah dan kalau setakat anak dara kampung Tian yang dah jadi Melanau Kacang Soya, aku yakin seyakinnya dia akan melihat proses ini sebagai satu yang kurang menyeronokan atau terlalu kampungan seperti istilah bangang aku dan rakan-rakan selalu guna semasa di IPT. Baiklah, cerita tentang proses ini cukup dengan gambar yang aku dapat dan dinyatakan sumbernya sekali berikut:

PROSES 1:  TUBENG BALAU - KLIK SUMBER 
Aku pernah juga mengikut kaum kerabat yang pergi menebang pokok rumbia ini terutamanya pada musim banjir walaupun aku lupa masukkan dalam entri Kenangan Musim Banjir di Kampung sebelum ini. Gambar disebelah berlaku di daerah lain, tetapi aku rasa anak watan kampung Tian sudah arif dan memahami dengan hanya melihat gambar di sebelah. Malahan masing-masing mempunyai versi sendiri tentang pengalaman menebang pokok rumbia ini dan proses ke-2 menarik potongan-potongan rumbia di kawasan sungai Tian yang airnya adalah cetek. 

PROSES 4: MIJIN BALAU (IJIN BALAU WARIS AKENG)
Proses ke-3 orang akan mengupas kulit pokok rumbia yang keras dan memotongnya menjadi belahan kecil dengan saiz 4X1 (tak kisah) X tak kisah. Maksud aku saiz batang rumbia (MANG) tu takda spesifik dan orang hentam je ikut ira dia dan selepas kulit rumbia ne dibuka, ia mudah untuk dilengaikan (diceraikan). Aku tak pernah ikut buat tetapi kalau ada gambar mungkin satu hari aku akan dapatkan. Entahlah, kenapa banyak sangat kenangan zaman sekolah menengah aku yang tak dicatatkan dalam bentuk gambar berbanding remaja kampung sekarang yang sibuk bergaya d akaun facebook mereka. Tapi memang itulah lumrah kehidupan dan perbezaan umur pasti akan menjadikan manusia itu berbeza dengan pegangan aku tiada yang sama di dunia ini.

Baiklah mungkin kadangkala aku suka menaip dan mengarang satu-satu peristiwa dengan gambar kerana iadalah lebih menarik untuk dirakam dan dibaca oleh semua orang. Cuma aspek yang berkaitan dengan Saguk dan Tegup ini aku dapat daripada akaun facebook group kampung macam biasa. Aku menangguhkan penulisan ini hampir 2 minggu kerana menunggu mana tahu ada budak IPT yang sudi buat entri tentang benda ne... tapi aku macam biasalah, kalau malam minggu yang tanpa aktiviti, tangan aku gatal nak menaip sebagai salah satu cara untuk mengisi ruang masa yang membosankan. Apa yang terlintas di fikiran itulah yang aku taip seperti entri-entri sebelum ini dan apa yang terlintas difikiran aku masa ini ialah bagaimana kenangan kali pertama aku menjadi pendidik (Sigu Sipeq) di SMK TPDPH Normah Daro dan kejohan bolasepak dianjurkan oleh kelab bola sepak sekolah. Bayangkan ada pelajar tingkatan dua dari Kampung Nangar dan Pantray (PUNKThrash) jumpa aku dan minta jadi pengurus pasukan, dah lah budak tu kecik je dan kepala botak, minta lak dengan suara sangkut-sangkut. Kalau ikut hati aku malas lah nak terlibat dengan benda tu, tapi muka seposen budak tu yang aku tak tahan sebab dia merayu kerana tak dapat cari pengurus sebagai memenuhi syarat pertandingan. Lagipun team mereka semua kecik-kecik dan masih lagi belajar di tingkatan 2 dan 3. Terus aku terfikir dalam hati, apa jadah gak sampai guru-guru bujang semua nak team glamour-glamour ne dan kalau anda bekas pelajar sekolah menangah anda akan faham apa yang aku cuba sampaikan. Kenapa aku terfikir peristiwa itu? Kenapa? Apa kaitan dengan entri ini? Kaitannya ialah kerana nama pasukan diaorang, celaka lak... diaorang letak nama "Saguk Manel". Tapi aku sengih jak lah dan terima, tak terima macamana nak buat pelajar jadi kreatif dan berfikiran kritis. Jadi layan dulu gambar menarik yang diupload oleh rakan facebook group kampung di bawah:

Pemandangan biasa dalam "Belangah" : belangah tu yang macam dapur tu

Sagu dalam agong, gilak, dan ntah. Samsung Galaxy wonder kot... hahaha

Tak pasti sama ada sagu ne dah masak ka belum

Sagu dimasak, dipanaskan di atas BELANGAH. Masa ne asap takyah citer

Selipar Jepun Kaler HIJAU. RARE sebab kena tanda lagi dengan 3 di depan
"Proses menumbuk kacang untuk membuat TEGUP " ne aku rasa... 

Bahasa Melayu Lemantak : SAYYY.... ne proses nak buat TEGUP gak

TEGUP dalam buaian, perisa macam2 dan terpulang kepada si pembuat.
kalau dah sejuk pastikan gigi palsu anda ditampal dengan poliden. Haha

Berbalik kepada zaman dahulu kala... aku masih terfikir bagaimana idea asal membuat SAGUK dan TEGUP ini berlaku dalam kalangan masyarakat kampung pramerdeka. Kalau dilihat dengan mata hati, proses tersebut bukan mudah dan banyak kawasan dari Mukah sampai ke Kudat aku bawa kereta, banyak juga jumpa pokok-pokok rumbia, tapi proses seperti ini tiada. Kemudian kalau nak dibandingkan dengan kampung lain dalam daerah Matu memang jauh sekali juga. Tapi jangan lak banding dengan daerah Mukah, Oya, dan Dalat. Kat sana proses ini dah dikomersilkan lama dahulu dan sebab tu perbezaan ketara dalam kemajuan dan pencapaian dari aspek kegiatan ekonomi tradisional ini. Kalau di kapung Tian, aku yakin hanya generasi berumur 30 tahun ke atas sahaja yang terlibat dengan aktif aktiviti seperti ini dan walaupun ada peruntukan khas daripada kerajaan sehingga terbinanya bangunan moden sedikit untuk membuat BELANGAH, bangunan lama seperti di atas masih menggamit nostalgia indah generasi tua.

Kenapa istilah "saguk manel" ne sinonim dengan sagu yang dihasilkan oleh masyarakat kampung Tian? Bagi aku memang ada banyak faktor dan bukti dia ialah pelajar tingkatan 2 yang aku maksudkan tadi, kalau masa aku sekolah tingkatan 4 budak tingkatan 2 buat gitu, mahu aku rendam dia dalam tangki semalaman dengan gaya mari menendang itik mahupun gaya menerkam harimau. Hahahahhahaahaha. Pertama sekali ialah kerana rasa sagu buatan kampung Tian yang bagi aku masih lagi tradisional dan sesuai dengan citarasi generasi tua yang mengunakannya untuk PAMUK dan bagi aku itulah rasa paling sesuai. Kalau nak dibandingkan dengan sagu Oya, Dalat, dan Mukah memang berbeza kerana mungkin di sana teknologi pembuatannya lebih ke depan di samping cara makan yang berbeza. KEDUA ialah kerana memanglah SAGUK TIAN ini akan MANEL apabila tak diletakkan dalam bekas bertutup atau tin, malahan warna yang sedikit kehitaman mungkin menjadi faktor. KETIGA ialah sifat semulajadi manusia yang suka bergurau (mengolok ataupun cemburu) menyebabkan istilah tersebut muncul. Lagipun kampung Tian memiliki lagenda bola sepak kampung yang telah aku ceritakan sebelum ini dalam entri lain. Apa yang aku rasa menarik dengan warisan ini ialah ianya unik dan hanya terdapat di Kampung Tian sahaja dalam daerah Matu. Sebab itu ia menjadi perbincangan santai di facebook seperti gambar:

Perbincangan Biasa di Laman Facebook.

Perbincangan Tidak Biasa (Golongan Berhaluan Kiri : Jangan anda menjadi mangsa)

Apa yang dapat aku jelaskan melalui 2 gambar di atas ialah kadangkala di facebook kita akan berkongsi cerita yang sama dengan rakan-rakan untuk cerita yang sama. Kemudian kita juga akan bercerita benda yang sama melalui Point of View yang kita sahaja yang faham apa yang terdapat disebalik cerita tersebut seperti gambar kedua. Jadi laman facebook ini kadangkala perkongsian yang lebih mudah dan sebagai generasi muda yang terdedah dengan kemajuan, anak-anak kampung Tian mesti memahami risiko dan apa yang akan anda dapat. Jangan jadikan facebook untuk menjadikan anda bodoh dan jangan jadikan facebook untuk anda nampak seperti model padahal facebook penuh dengan sesuatu yang anda tidak fahami. Contohnya ialah bila aku buat "LOL" tu maksud dia "hahahahahahahaha" atau "aku tak tahu nak cakap apa lagi dan memang lucu lah perkara tu tadi".  Apa yang mudah ialah hanya aku dan Panglima Besi sahaja yang tahu kenapa komen merapu itu muncul kerana mungkin kami ini memang berhaluan kiri dalam semua aspek. Cuma kenapa muncul tiada kaitan dengan GROUP Facebook Melanau Tian atau entri gambar yang diupload tersebut. KLIK untuk akaun Panglima Besi di SINI.

Cuma nasihat saya ialah warisan bangsa itu indah jika dikenang dan akan lebih indah jika anda juga terlibat menjadi kayu asas membangun mahupun pernah terlibat bersama-sama membangunkan warisan tersebut. Cuba anda tengok gambar di bawah lak, ini adalah antara anak kampung yang aku kenal dan beliau sudah terlibat dalam pelbagai proses pembuatan SAGUK dan TEGUP ini lebih 5-10 tahun yang lepas. Cuma sekarang beliau berhijrah dek kerana kegiatan ekonomi ini semakin lama semakin dilupakan dan aku berani mengatakan bahawa ada dalam kalangan generasi muda di kampung tidak mengetahui apa yang dipanggil sebagai TEGUP dan SAGUK ini. Aku ulangi ayat simple... JANGAN JADI MELANAU KACANG SOYA! Hahahahahahahahaha...  APEK!!! AKU SALUTE KO SEBAB PERNAH MESAP.

Satu-satunya Generasi muda yang terlibat secara aktif dalam proses
pembuatan SAGUK TIAN sebelum beliau berhijrah ke bandar Sarikei

Nota:
Pasukan "Saguk Manel" SMK TPDPH Normah Daro tahun 1998 telah mendapat tempat kedua dengan gaya permainan ala2 Tango. Seriusssly... aku pun heran diaorang memang pandai main, cuma badan kecil2 dan ramai gak rakan guru terkesima bila team aku naib juara. Hahahahahhaha... Tapi aku tak terlibat langsung pun pergi tengok perlawanan. Aku selesa melepak di Kampung lepas habis waktu persekolahan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...