Friday, February 3, 2012

Kenangan Budak Sekolah Menengah : Saguk dan Tegup Warisan Anak Watan Tian

Zaman aku sekolah menengah di SMK Matu sekitar awal tahun 1990-an dulu memang banyak kenangan yang berkaitan dengan dua warisan yang semakin hilang ditelan kemodenan ini. Saguk dan Tegup adalah sebahagian daripada apa yang aku kategorikan sebagai warisan yang tidak hilang dalam kenangan dan cuma akan hilang dimamah kemodenan suatu hari nanti. Banyak kenangan tentang Saguk dan Tegup ini yang sering bermain dalam kepala otak aku, semua tentang zaman sekolah menengah. Tapi yang paling menarik ialah bagaimana masyarakat rumpun Melanau khususnya di bahagian Mukah, Oya, Dalat, dan Matu (Tian) yang jauh dari masalah kebuluran dengan hanya bertemankan ubi kayu semasa zaman Jepun. Kronologi sejarah ini mungkin kurang mendapat tempat dalam titipan sejarah kerana kurangnya anak Melanau melihatnya dari sudut ilmiah dan sibuk berpolitik menggunakan media ke-3. Buktinya boleh dilihat pada hari ini apabila generasi berusia 40-an ke atas di kampung Tian selesa dengan Saguk sebagai makan utama (Pamok ubak tlo) berbanding generasi 30-an ke bawah yang selesa dengan nasi. Kalau tak percaya nilai ahli keluarga anda sendiri, dan hasilnya adalah sesuatu yang mungkin tidak disedari oleh anda sebelum ini.

Semasa berada di tingkatan 4, aku rasakan dunia ini adalah seperti satu ruang lingkup yang sempit dengan kawasan paling jauh ialah Sibu dan Sarikei. Malahan pengalaman lapar di waktu malam adalah gaya hidup biasa budak di asrama dan mungkin hormon di usia 16 tahun adalah faktor utama. Bayangkan ramai dalam kalangan rakan-rakan termasuk aku sendiri boleh makan Saguk sambil berbual kosong atau menghirup air teh dewan makan yang macam celaka sambil hisap rokok Djarum. Kalau di kampung pun tiada orang tua kampung yang buat seperti yang kami buat dan setakat satu tin milo Saguk, ianya hanya mampu bertahan dalam tempoh 1-2 jam. Kenangan yang aku rasa sedikit lawak walaupun sudah samar-samar dan Mee Miko adalah makanan ruji di waktu malam asrama SMK Matu di samping kewujudan Saguk yang datang entah dari mana dibawa oleh rakan-rakan. Proses membuat Saguk dan Tegup ini bukanlah sesuatu yang mudah dan kalau setakat anak dara kampung Tian yang dah jadi Melanau Kacang Soya, aku yakin seyakinnya dia akan melihat proses ini sebagai satu yang kurang menyeronokan atau terlalu kampungan seperti istilah bangang aku dan rakan-rakan selalu guna semasa di IPT. Baiklah, cerita tentang proses ini cukup dengan gambar yang aku dapat dan dinyatakan sumbernya sekali berikut:

PROSES 1:  TUBENG BALAU - KLIK SUMBER 
Aku pernah juga mengikut kaum kerabat yang pergi menebang pokok rumbia ini terutamanya pada musim banjir walaupun aku lupa masukkan dalam entri Kenangan Musim Banjir di Kampung sebelum ini. Gambar disebelah berlaku di daerah lain, tetapi aku rasa anak watan kampung Tian sudah arif dan memahami dengan hanya melihat gambar di sebelah. Malahan masing-masing mempunyai versi sendiri tentang pengalaman menebang pokok rumbia ini dan proses ke-2 menarik potongan-potongan rumbia di kawasan sungai Tian yang airnya adalah cetek. 

PROSES 4: MIJIN BALAU (IJIN BALAU WARIS AKENG)
Proses ke-3 orang akan mengupas kulit pokok rumbia yang keras dan memotongnya menjadi belahan kecil dengan saiz 4X1 (tak kisah) X tak kisah. Maksud aku saiz batang rumbia (MANG) tu takda spesifik dan orang hentam je ikut ira dia dan selepas kulit rumbia ne dibuka, ia mudah untuk dilengaikan (diceraikan). Aku tak pernah ikut buat tetapi kalau ada gambar mungkin satu hari aku akan dapatkan. Entahlah, kenapa banyak sangat kenangan zaman sekolah menengah aku yang tak dicatatkan dalam bentuk gambar berbanding remaja kampung sekarang yang sibuk bergaya d akaun facebook mereka. Tapi memang itulah lumrah kehidupan dan perbezaan umur pasti akan menjadikan manusia itu berbeza dengan pegangan aku tiada yang sama di dunia ini.

Baiklah mungkin kadangkala aku suka menaip dan mengarang satu-satu peristiwa dengan gambar kerana iadalah lebih menarik untuk dirakam dan dibaca oleh semua orang. Cuma aspek yang berkaitan dengan Saguk dan Tegup ini aku dapat daripada akaun facebook group kampung macam biasa. Aku menangguhkan penulisan ini hampir 2 minggu kerana menunggu mana tahu ada budak IPT yang sudi buat entri tentang benda ne... tapi aku macam biasalah, kalau malam minggu yang tanpa aktiviti, tangan aku gatal nak menaip sebagai salah satu cara untuk mengisi ruang masa yang membosankan. Apa yang terlintas di fikiran itulah yang aku taip seperti entri-entri sebelum ini dan apa yang terlintas difikiran aku masa ini ialah bagaimana kenangan kali pertama aku menjadi pendidik (Sigu Sipeq) di SMK TPDPH Normah Daro dan kejohan bolasepak dianjurkan oleh kelab bola sepak sekolah. Bayangkan ada pelajar tingkatan dua dari Kampung Nangar dan Pantray (PUNKThrash) jumpa aku dan minta jadi pengurus pasukan, dah lah budak tu kecik je dan kepala botak, minta lak dengan suara sangkut-sangkut. Kalau ikut hati aku malas lah nak terlibat dengan benda tu, tapi muka seposen budak tu yang aku tak tahan sebab dia merayu kerana tak dapat cari pengurus sebagai memenuhi syarat pertandingan. Lagipun team mereka semua kecik-kecik dan masih lagi belajar di tingkatan 2 dan 3. Terus aku terfikir dalam hati, apa jadah gak sampai guru-guru bujang semua nak team glamour-glamour ne dan kalau anda bekas pelajar sekolah menangah anda akan faham apa yang aku cuba sampaikan. Kenapa aku terfikir peristiwa itu? Kenapa? Apa kaitan dengan entri ini? Kaitannya ialah kerana nama pasukan diaorang, celaka lak... diaorang letak nama "Saguk Manel". Tapi aku sengih jak lah dan terima, tak terima macamana nak buat pelajar jadi kreatif dan berfikiran kritis. Jadi layan dulu gambar menarik yang diupload oleh rakan facebook group kampung di bawah:

Pemandangan biasa dalam "Belangah" : belangah tu yang macam dapur tu

Sagu dalam agong, gilak, dan ntah. Samsung Galaxy wonder kot... hahaha

Tak pasti sama ada sagu ne dah masak ka belum

Sagu dimasak, dipanaskan di atas BELANGAH. Masa ne asap takyah citer

Selipar Jepun Kaler HIJAU. RARE sebab kena tanda lagi dengan 3 di depan
"Proses menumbuk kacang untuk membuat TEGUP " ne aku rasa... 

Bahasa Melayu Lemantak : SAYYY.... ne proses nak buat TEGUP gak

TEGUP dalam buaian, perisa macam2 dan terpulang kepada si pembuat.
kalau dah sejuk pastikan gigi palsu anda ditampal dengan poliden. Haha

Berbalik kepada zaman dahulu kala... aku masih terfikir bagaimana idea asal membuat SAGUK dan TEGUP ini berlaku dalam kalangan masyarakat kampung pramerdeka. Kalau dilihat dengan mata hati, proses tersebut bukan mudah dan banyak kawasan dari Mukah sampai ke Kudat aku bawa kereta, banyak juga jumpa pokok-pokok rumbia, tapi proses seperti ini tiada. Kemudian kalau nak dibandingkan dengan kampung lain dalam daerah Matu memang jauh sekali juga. Tapi jangan lak banding dengan daerah Mukah, Oya, dan Dalat. Kat sana proses ini dah dikomersilkan lama dahulu dan sebab tu perbezaan ketara dalam kemajuan dan pencapaian dari aspek kegiatan ekonomi tradisional ini. Kalau di kapung Tian, aku yakin hanya generasi berumur 30 tahun ke atas sahaja yang terlibat dengan aktif aktiviti seperti ini dan walaupun ada peruntukan khas daripada kerajaan sehingga terbinanya bangunan moden sedikit untuk membuat BELANGAH, bangunan lama seperti di atas masih menggamit nostalgia indah generasi tua.

Kenapa istilah "saguk manel" ne sinonim dengan sagu yang dihasilkan oleh masyarakat kampung Tian? Bagi aku memang ada banyak faktor dan bukti dia ialah pelajar tingkatan 2 yang aku maksudkan tadi, kalau masa aku sekolah tingkatan 4 budak tingkatan 2 buat gitu, mahu aku rendam dia dalam tangki semalaman dengan gaya mari menendang itik mahupun gaya menerkam harimau. Hahahahhahaahaha. Pertama sekali ialah kerana rasa sagu buatan kampung Tian yang bagi aku masih lagi tradisional dan sesuai dengan citarasi generasi tua yang mengunakannya untuk PAMUK dan bagi aku itulah rasa paling sesuai. Kalau nak dibandingkan dengan sagu Oya, Dalat, dan Mukah memang berbeza kerana mungkin di sana teknologi pembuatannya lebih ke depan di samping cara makan yang berbeza. KEDUA ialah kerana memanglah SAGUK TIAN ini akan MANEL apabila tak diletakkan dalam bekas bertutup atau tin, malahan warna yang sedikit kehitaman mungkin menjadi faktor. KETIGA ialah sifat semulajadi manusia yang suka bergurau (mengolok ataupun cemburu) menyebabkan istilah tersebut muncul. Lagipun kampung Tian memiliki lagenda bola sepak kampung yang telah aku ceritakan sebelum ini dalam entri lain. Apa yang aku rasa menarik dengan warisan ini ialah ianya unik dan hanya terdapat di Kampung Tian sahaja dalam daerah Matu. Sebab itu ia menjadi perbincangan santai di facebook seperti gambar:

Perbincangan Biasa di Laman Facebook.

Perbincangan Tidak Biasa (Golongan Berhaluan Kiri : Jangan anda menjadi mangsa)

Apa yang dapat aku jelaskan melalui 2 gambar di atas ialah kadangkala di facebook kita akan berkongsi cerita yang sama dengan rakan-rakan untuk cerita yang sama. Kemudian kita juga akan bercerita benda yang sama melalui Point of View yang kita sahaja yang faham apa yang terdapat disebalik cerita tersebut seperti gambar kedua. Jadi laman facebook ini kadangkala perkongsian yang lebih mudah dan sebagai generasi muda yang terdedah dengan kemajuan, anak-anak kampung Tian mesti memahami risiko dan apa yang akan anda dapat. Jangan jadikan facebook untuk menjadikan anda bodoh dan jangan jadikan facebook untuk anda nampak seperti model padahal facebook penuh dengan sesuatu yang anda tidak fahami. Contohnya ialah bila aku buat "LOL" tu maksud dia "hahahahahahahaha" atau "aku tak tahu nak cakap apa lagi dan memang lucu lah perkara tu tadi".  Apa yang mudah ialah hanya aku dan Panglima Besi sahaja yang tahu kenapa komen merapu itu muncul kerana mungkin kami ini memang berhaluan kiri dalam semua aspek. Cuma kenapa muncul tiada kaitan dengan GROUP Facebook Melanau Tian atau entri gambar yang diupload tersebut. KLIK untuk akaun Panglima Besi di SINI.

Cuma nasihat saya ialah warisan bangsa itu indah jika dikenang dan akan lebih indah jika anda juga terlibat menjadi kayu asas membangun mahupun pernah terlibat bersama-sama membangunkan warisan tersebut. Cuba anda tengok gambar di bawah lak, ini adalah antara anak kampung yang aku kenal dan beliau sudah terlibat dalam pelbagai proses pembuatan SAGUK dan TEGUP ini lebih 5-10 tahun yang lepas. Cuma sekarang beliau berhijrah dek kerana kegiatan ekonomi ini semakin lama semakin dilupakan dan aku berani mengatakan bahawa ada dalam kalangan generasi muda di kampung tidak mengetahui apa yang dipanggil sebagai TEGUP dan SAGUK ini. Aku ulangi ayat simple... JANGAN JADI MELANAU KACANG SOYA! Hahahahahahahahaha...  APEK!!! AKU SALUTE KO SEBAB PERNAH MESAP.

Satu-satunya Generasi muda yang terlibat secara aktif dalam proses
pembuatan SAGUK TIAN sebelum beliau berhijrah ke bandar Sarikei

Nota:
Pasukan "Saguk Manel" SMK TPDPH Normah Daro tahun 1998 telah mendapat tempat kedua dengan gaya permainan ala2 Tango. Seriusssly... aku pun heran diaorang memang pandai main, cuma badan kecil2 dan ramai gak rakan guru terkesima bila team aku naib juara. Hahahahahhaha... Tapi aku tak terlibat langsung pun pergi tengok perlawanan. Aku selesa melepak di Kampung lepas habis waktu persekolahan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...