Thursday, March 15, 2012

Bahasa Melanau : Kenapa Perlu Malu Menuturkannya?

Struktur bahasa adalah sesuatu yang kompleks dan kadangkala faktor inilah yang menjadikan banyak bahasa di dunia menampakkan identiti tersendiri dan kadangkala menjadi kebanggaan penutur jatinya. Malahan sebagai anak jati kampung tian yang mengalir darah melanau 100%, identiti bangsa inilah yang menjadi warisan dan pegangan aku dan kadangkala aku sedikit gusar bila memikirkan adakah aku akan mampu mempertahankannya untuk tatapan generasi yang akan datang. Keindahan bahasa Melanau ini memang kadangkala menyebabkan aku dan rakan-rakan yang merantau jauh ke tempat orang tidak segan silu bertutur dan melalui bahasa inilah kami sama-sama menggamit kenangan manis zaman lalu yang masih segar dalam lipatan memori.

Kalender Melanau, aku pernah buat ulasan (Klik SINI). Sumber (Klik SINI)

Sebenarnya aspek yang kompleks tentang bahasa umumnya menjadi perbahasan yang tidak kunjung selesai apabila melibatkan struktur asas atau linguistik bahasa tersebut. Malahan perkembangan zaman dan isu globalisasi menyebabkan banyak bahasa mengalami perubahan secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun perbahasan tentang isu bahasa hanya melibatkan bahasa-bahasa utama yang dipertuturkan oleh masyarakat dunia dan bahasa Melanau hanya meliputi sebahagian yang sangat sedikit dan hanya dibahaskan dalam kelompok kecil masyarakatnya yang faham peri pentingnya warisan bangsa ini. Walaupun bahasa Melanau (Loghat Matu-Daro) bukanlah boleh dianggap bahasa ilmu, tapi ia merupakan warisan yang aku banggakan dan aku jadi KLMJ bila membaca perbincangan ringkas rakan-rakan di alam maya seperti berikut:


Pelbagai pendapat yang diutarakan untuk persoalan asas iaitu ramai dalam kalangan generasi muda masyarakat Melanau yang semakin jauh dengan bahasa ibunda mereka dan lebih parah lagi kekok untuk berbahasa Melanau. Dalam kes yang lebih berat seolah-olah timbul rasa malu untuk mengaku asal usul keturunan sendiri dan sanggup menggadaikan nilai keturunan iaitu Melanau (Emmmm...ne macam Si Tanggang versi Melanau ne, hahahahahahahahaha). Bagi aku, berdasarkan pengalaman sendiri, sukar untuk menelusuri bagaimana fenomena ini berlaku. Ini kerana pengalaman kadangkala membutakan mata hati kita, tetapi bagi aku pengalaman ini bila dikongsi dan dijadikan sandaran bersama dengan konsep keterbukaan, banyak kekusustan akan dapat dileraikan.

Asas utama bagi aku ialah sikap dan persekitaran, sekiranya sikap yang baik...ia akan mengatasi persekitaran yang menekan. Manakala jika sikap yang sedia bangang (nyabik maap mak pubak siduh), kat kampung 100% Melanau pun akan cakap bahasa lain juga. Sikap adalah sesuatu yang subjektif dan kadangkala dengan sikap yang sambil lewalah persoalan tentang mengapa generasi muda Melanau ini seakan-akan hilang arah sehingga malu mengaku Melanau. Dari sudut yang positif, ibu bapa yang prihatin akan menerapkan budaya-budaya Melanau (bahasa, adab pertuturan, cara bergaul, dan sebagainya) kepada anak-anak. Malahan ini menimbulkan rasa bangga kepada anak-anak dan mampu melihat betapa indahnya warisan bangsa tersebut dari mata hati. Malahan timbul rasa tanggungjawab untuk meneruskan apa yang mereka warisi hingga tidak kekok berbual dalam bahasa Melanau. Malahan dalam kes pergaulan dengan rakan-rakan, mereka akan lebih fleksibel dan tanpa ada rasa malu atau ragu-ragu, mereka akan mengaku Melanau jika diajukan soalan berkaitan bangsa. 

Dari aspek positif juga, sikap yang menerima tentang apa yang diwarisi juga akan menyebabkan generasi muda berbangga dengan warisan bangsa ini. Malahan sejak lebih dua dekad di rantau orang (negeri di Bawah Bayu) aku pernah diajukan soalan paling bangang oleh rakan sekerja, "eh... ko ne guna bahasa Filipina ka?" Aku dengan muka sepuluh sen jawab... "eh ko tanya aku dengan bahasa Indonesia ka? Ataupun bahasa Pattani? Tak pun bahasa Polenesia?" Hahahahahahaha, rakan-rakan yang sudah lama di Sabah akan faham, betapa loghat bahasa Melanau (Matu-Daro) kedengaran seperti bahasa Filipina dan aku memang malas nak layan soalan bangang begitu, dah tahu satu tempat kerja dan dah tahu aku orang Bumi Kenyalang, apa jadah cakap aku guna bahasa Filipina telefon mak aku. Kurang ajar... nak bagi tahu 100 kali pun susah. Nah kan dah kena ngan aku yang mulut macam sial ne... (tapi, serius cakap, aku hanya mulut celupar kalau guna bahasa Melayu, bahasa Melanau seperti dinding menghalang aku gunakan bahasa kasar...emmm terima kasih mak dan ayah yang mewariskan bahasa yang indah untuk aku).

The Melanau Kids (SUMBER)

Cuba lihat gambar di atas, apa yang aku boleh kongsikan ialah generasi muda Melanau seperti ini perlu didedahkan dengan identiti bangsa sendiri. Semuanya berasaskan sikap... sikap... sikap... dan sikap. Gambar diambil oleh (erk macamana nak cakap...emmm suami anak buah akulah, sorry bro guna gambar ko lagi). Secara umumnya, di Sabah ada 32 etnik dan di Sarawak relatifnya mudah iaitu 23 etnik, jadi bangsa Melanau merupakan salah satu daripada etnik-etnik yang membentuk penduduk asal negeri Bumi Kenyalang dan tahukan bahawa kepupusan bahasa etnik-etnik ini boleh berlaku dalam dua cara iaitu cara yang negatif bila generasi muda etnik itu melupakan bahasa (warisan bangsa), dan cara yang positif iaitu bahasa Melanau ini mengalami tranformasi ke arah yang lebih baik seperti bahasa Inggeris kuno yang tidak lagi dituturkan dan digantikan dengan bahasa Inggeris moden hari ini. Malahan dalam bahasa Malaysia (Melayu) perkataan adinda, kekanda, adalah dalam kategori klasik dan ianya boleh dianggap pupus dari aspek yang positif.

Tapi berdasarkan pengalaman aku, kepupusan dari aspek positif adalah jauh sekali terhadap bahasa Melanau khususnya loghat (Matu-Daro) ini kerana setakat ini, kajian khusus terhadap bahasa Melanau ini pun masih lagi dianggap sangat sedikit. Malahan aku yang masih bangga dengan warisan bangsa dan bahasa Melanau ini pun masih terpaksa berbincang dan berkongsi pandangan dalam entri ini menggunakan bahasa Malaysia. Bukan disebabkan oleh sikap, tetapi disebabkan oleh keperluan dan persekitaran. Kalau aku menaip menggunakan bahasa Melanau akan banyak aspek yang akan tertinggal dan mungkin perlu mengambil masa yang lebih untuk aku menaip. Malahan adik aku kahwin orang Kelantan, kadangkala kalau keluar Melayu Semenanjungnya ketika berbual dengan isteri dan anak-anak pun buat aku dah rasa meremang bulu roma (sorry lai! hahahahaahaha). Apa lagi kalau jumpa Melanau Kacang Soya, mau aku muntah tak henti-henti selama beberapa minit. Layan sekejap video Melanau ini walaupun dah lama bertapak di youtube:


Dibuat oleh generasi muda Kampung Jemoreng : Muat naik pada Oktober 2009

Bila melihat video tersebut pertama kali pada tahun 2010 dahulu, aku terfikir... bahasa Melanau ini boleh diadaptasi dalam pelbagai konteks. Walau bagaimanapun banyak faktor luaran yang menyebabkan bahasa Melanau ini kurang digunakan kecuali di kawasan tanah tumpah darahku sendiri dan beberapa lokasi lain sekitar delta Sungai Rajang di Sarawak. Anak-anak Melanau yang berhijrah mencari rezeki dan bersikap positif pasti akan bangga dengan warisan bangsa khususnya bahasa ini. Aku terharu dengan generasi ini yang masih menekankan kepentingan bahasa sendiri dengan anak-anak dan mampu menimbulkan kebanggaan kepada anak-anak untuk berbahasa Melanau. Semuanya adalah disebabkan sikap mengatasi persekitaran dan dengan sikap yang baik, generasi muda akan berbangga dengan warisan bahasa bangsa sendiri. Ibarat kata pepatah Melayu, "benih yang baik, dibuang ke laut menjadi pulau".

Alah ubak ko amau duh nin, adak ulah dao (Sikap), kikak ga ga kdau pun kanah debay gak wak dao tan bak tlo klaker. May to nawan bak begelem tlo kanah Melanau, anik bak tang ted to Putik. Ulik klaker Melanau japah adip wang kday adip senenged to nawan mengapang. Buyak ko merati kekatah eh, saji laq jumit wak to Mato may tao kanah Melanau adak inah abey amah saji to Melanau. Wak inah amah sapor duh may lah tlo keban kemirah, adak kah tang kdau ted Melanau may knah gak ko bak menerimak lah. Alah seh reti doh, senged mlo debay:

(01) Inah amah sapor 
- Betijo tang SMK Matu kuan pum 1 labik pum 5... may senabah bak may tao kanah Melanau
- Betijo tang kubu, kuan inah amah adep anak may tao kanah Melanau
- Kuan umit tang kik (ted may bay to Melanau), kubah gaya bak menak...(amah japah mak tao kanah melanau, inah pesak utek menuweng kanah Melanau banus may keban menakep... saji may keban ko bak pubak apa-apa adak anak may tao kanah Melanau
- Kuan umit tang Mato, pinyang kerejah tgu ted kik ubang ayeng...libah may tao kanah Melanau... bak kikak wang brong ubang tumel semenak
- Kuan umit tang ted kik (ted may bay to Melanau), labik kapong banus keban kanah Melanau anik bak jumit...wak sih lah ubak ko duh (sikap mengatasi persekitaran)

(02) Inah amah Melanau 100%
- Betijo tang SMK Matu, tipah nyaru mak dao kah may tao kanah Melanau
- Betijo tang kubu (ted kik wak may bay to Melanau), may tao kanah Melanau... lawak may inah amah duh bedusa may menijo anak....hahahahahahahaha
- Kuan umit betijo tang Mato, sekulah regau ubak to lakey sabey... nikah dengah to may Melanau...libah may tao kanah Melanau... nyabik taper ulo adak lepak ngah Tebuwau suney lau nah. Adak kah umit kuan ko sekulah ubang tang Mato, lawak may senemis tang jawai denah. Sinak anak bak tenijo kanah Melanau adak siduh... sikep beliun, jiak kah pipeq bayah. Hahahahahaha
- Kuan umit tang ted kik (tenijo inah amah kanah Melanau)... alah ubak to putik usi “As you sow, so you shall reap”. Wak tijo inah amah duh lah pama menak anak duh BANGGA nyadin to Melanau, senged debay-debay mak wak sih. Mak bak tenijo to rayeng julik alah ubak to lakey sabey.

May akal tan pefikir menaip kanah Melanau, may alah kelakar tan...wak siduh saji ateng lah. Memang aku tak nafikan benda yang bersangkut paut dengan sikaplah yang menjadikan generasi muda khususnya di kawasan petempatan yang memang mempunyai latar belakang Melanau menjadi "Melayu Celup". Perkara ini memang telah lama aku perhatikan, bukan sikit generasi muda yang berbangga dan bercakap dengan bahasa Melayu Sarawak hatta dengan adik beradik. Malahan kadangkala aku berfikir, berapalah Bahasa Malaysia SPM dia ne, kalau nak berlagak depan aku cakap Melayu Sarawak (sorry, aku bukan racist)...takdelah aku nak heran, kalau cakap bahasa Arab mungkinlah aku salute, tak pun try berbual ngan aku bahasa Inggeris. Kalau bahasa Mandarin aku bangga gak lah sebab ada anak Melanau boleh cari makan dalam kepompong ekonomi yang dikuasai oleh masyarakat Tiong Hua. Ini tak, cakap Melayu Sarawak... tapi cakap Bahasa Malaysia standard paling aku rasa lawak. Hahahahahaha, kalau rasa tersindir dan marah... reply entri aku ne dengan bahasa Malaysia baku 100% supaya aku boleh nilai di mlanau[at]hotmail.com.

Secara peribadinya, aku tidak menolak perkembangan budaya dan isu globalisasi menyebabkan generasi muda perlu untuk memantapkan bahasa-bahasa lain mereka seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, dan lain-lain bahasa ilmu. Tapi suka aku ulang, kenapa generasi muda yang aku selalu cakap MELANAU KACANG SOYA ini selalu berbahasa Melayu Sarawak? Bagi aku tidak wujud istilah Melayu-Melanau kerana jelas perbezaan antara etnik Melayu dan etnik Melanau di Sarawak (Isu politik aku tak campur). Ibarat pepatah, "tidak akan hilang bisa ular yang menyusur akar", begitulah bagi aku kalau kita menggunakan Bahasa Melanau walaupun sudah menjadi seorang yang terhormat mahupun seorang yang terpelajar. Bahasa Melanau itu adalah warisan bangsa, warisan yang perlu dibanggakan, perlu dikongsikan kepada pencinta bahasa terutamanya bangsa lain.

Apa salahnya mengaku Melanau? Apa salahnya berbangga dengan bangsa sendiri? Apa salahnya berbangga dengan bahasa warisan nenek moyang? Malaysia sebuah negara yang tidak menghalang masyarakatnya mengamalkan budaya warisan bangsa selagi tidak membawa kepada kemudharatan pun. Jangan ibu bapa Melanau memandang rendah kepada budaya bangsa kerana ia warisan tidak ternilai, jauh sekali untuk dibandingkan dengan gaya hidup di bandar-bandar besar. Jadi untuk warga Kampung Tian khususnya dan P207 amnya, bagi aku secara peribadi, kenapa generasi muda seolah-olah tuli dan malu dengan bahasa Melanau ini adalah disebabkan oleh dua perkara Sikap dan Persekitaran. Analogi mudah, antara dua perkara itu, mana satu yang lebih menonjol? Ingat! Majoriti pakar linguistik menyatakan bahasa pertuturan adalah lebih dominan daripada penulisan kerana manusia bermula dengan pertuturan.


Sunday, March 11, 2012

Perkembangan ICT dan Sejarah Kampung Tian : Satu Tinjauan dari Jauh, Antara Pendapat dan Realiti

Kampung Tian dengan latarbelakang yang pelbagai dan mengecapi pembangunan pasca merdeka sebagai sebuah petempatan luar bandar yang bergerak seiring dengan perkembangan latar sejarah negara sejak pra merdeka lagi. Malahan dengan bilangan penduduk yang sudah mencecah hampir 4000 orang, Kampung Tian memang telah mengorak langkah dengan menepis pelbagai kebudayaan tradisi yang sudah menjadi kebanggaan masyarakat tempatan sejak berdekad lamanya. Cuma pepohon Libau yang di bawah yang kadangkala akan menjadi pemandangan yang tidak berubah sejak hampir 2 dekad yang lalu.

Kayo LIBAU Kampung Tian (SUMBER)

Tetapi jika diselami dari aspek yang aku nyatakan iaitu perkembangan ICT dan sejarah kampung, aku rasa mungkin ramai dalam kalangan warganya tidak mengetahui tentang latar belakang kampung sendiri. Malahan aku yang merupakan antara anak jati Kampung Tian yang sudah merantau hampir sedekad di tempat orang melihat isu tersebut dari sudut perspektif sendiri dan aku tidak berani untuk meletakkan batu pemisah dengan persoalan tersebut kerana aku bukanlah orang yang layak. Tetapi apa yang aku rasa perlu dijelaskan perlu dijelaskan kerana isu ini terlalu lama aku rasa pendamkan dan seolah-olah hegemoni zaman penjajahan ataupun hegemoni antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat terbuku dalam hati nurani penulis yang menulis artikel dalam laman portal tentang Kampung Tian ini. Mungkin juga apa yang ditulis tersebut terlalu subjektif dan aku tidak mampu menerimanya.

Rekaletak Muka hadapan dan ulasan aku seperti di bawah: KLIK UNTUK KE PORTAL TELECENTRE

Pernahkah korang mengetahui kewujudan telecentre.my seperti gambar asas laman tersebut di atas? Telecentre ini merupakan laman portal yang menyediakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada hampir 750 buah kampung di seluruh negara dengan latar budaya yang pelbagai dan menjadi wadah kepada komuniti setempat berinteraksi dengan dunia luar. Malahan konsep asas telecentre ini ialah:

                "USP5 Telecentres are helping empower communities, end isolation, create 
                economic opportunity, give people a voice and educate the public"

Mungkin aku bukanlah orang yang layak menterjemahkan frasa mudah di atas kerana terjemahan aku adalah mudah melalui 5 perkara berikut iaitu:
1. Telecentre membantu memperkasakan komuniti dalam lingkungan perkhidmatannya
2. Telecentre sebagai wadah untuk berinteraksi dengan dunia luar
3. Telecentre membuka peluang ekonomi setempat
4. Telecentre memberi peluang masyarakat bersuara dalam dunia maya
5. Telecentre membantu masyarakat mempelajari ICT

Apa yang menarik tentang telecentre ini ialah seperti yang aku senaraikan di atas, tetapi aku hairan bilamana nama Kampung Tian tidak tersenarai sebagai komuniti yang terlibat. Kalau korang tak percaya, boleh lah melayari portal telecentre melalui capaian terus ke senarai telecentre mengikut pecahan negeri di SINI. (KLIK). Malahan pengguna boleh menghubungi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui Sektor Komunikasi mereka dengan maklumat di sini (KLIK). Tapi laman portal penuh tentang Kampung Tian ini pernah aku kongsikan dalam artikel sebelum ini dan korang boleh rujuk sendiri di sini (KLIK). Artikel ini berkisarkan tentang kepentingan celik IT dalam kalangan anak-anak Kampung Tian dalam erti kata yang mudah. Walau bagaimanapun denga penggunaan gambar yang hampir sama kerana bersumberkan portal yang sama, artikel kali ini aku lebih suka menyatakan tentang aspek ICT seperti penerangan sebelum ini dan aspek sejarah kampung selepas ini. Aku harap semua boleh membezakan konsep ICT dengan IT ini.

Untuk Mengakses Portal Telecentre Kampung Tian (KLIK)

Terdapat 17 pecahan aspek-aspek yang berkaitan dengan Kampung Tian yang boleh dirujuk dan aspek sejarah ini merupakan sesuatu yang menarik minat aku. Malahan korang boleh klik setiap aspek yang kadangkala membuatkan aku terfikir sejak artikel pertama dahulu...adakah aku terlalu lama merantau di tempat orang sehinggakan banyak pemandangan yang aku rasa sesuatu yang diluar tafsiran akal sebagai anak jati Kampung Tian. Kalau korang nak tahu sendiri bolehlah usha laman portal tersebut dan aku tak tahu siapa yang memiliki akaun yang boleh mengakses laman blog portal tersebut kerana tarikh akhir kemas kini sekitar 2009 dan 2010. Hampir dua tahun yang lepas dan membuat aku terfikir...adakah projek di bawah Kementerian Penerangan ini sudah diberhentikan?

Canal Achmen...emmm, aku tak pernah dengar pun nama mamat British ne dan kalau korang google kan pun korang takkan jumpa. Kali pertama aku singgah di laman portal ini melalui artikel pertama yang aku nyatakan sebelum ini pun aku sudah ketawa sampai berair mata dan sekarang selepas kali kedua cuba rasa tergelak tu ada lagi (MALAHAN KEKALAHAN MANCHESTER CITY KEPADA SWANSEA JUGA PENYEBABNYA... Apa jadah team kaya raya ne kalah?). Baiklah, aku sebagai anak jati Kampung Tian pernah mendengar bagaimana penduduk tempatan dari Kampung Tian dan Daro (mungkin kampung Pangtray) bersama-sama membangunkan terusan penghubung utama antara Kampung Tian dengan daerah Daro. Malahan arus Sungai Tebuk yang berpecah dua itu masih kekal sehingga sekarang. Kemudian terdapat juga versi yang menyatakan bahawa kampung asal penduduk tempatan adalah di kawasan Sungai Mabut yang terletak di hulu sungai kawasan Kampung Tangki dan bagi aku perkara itu lebih releven.

Tiba-tiba muncul nama Canal Achmen lak dalam laman portal ini, dah lah tak diberikan sumber dan kalau aku yang masukkan, aku masukkan nama datuk aku yang aku sayang dulu sebagai tokoh yang berwibawa daripada orang British tu. Cuba korang baca ayat ini: "Menurut sejarah, pembukaan Kampung Tian diasas oleh seorang rakyat British yang dikenali sebagai Canal Achmen. Beliau merupakan orang pertama yang menerokai kawasan ini dan membina terusan sebagai jalan perhubung ketika itu. Canal membina terusan itu setelah melihat arus sungai mengalir ke dua kawasan yang berlainan iaitu  ke Daro dan ke Matu". Ulasan aku:

1. Apa jadah si Canal Achmen ne jadi orang pertama meneroka kawasan Kampung Tian
2. Tiada bukti pun... try tanya orang tua kampung, lelaki British pun diaorang tak tahu
3. Canal Achmen orang pertama membina terusan???? WTF
4. Lokasi air sungai yang mengalir kedua arah tu sejauh 2km dari hulu kampung...
5. Kenapa takde pun rumah-rumah kat sana? Kenapa Canal Achmen???

Kemudian artikel ringkas di laman portal tersebut menyambung: "Pada masa itu, pembinaan terusan ini dilakukan dengan menggunakan tenaga kerja penduduk kawasan itu.  Arus yang mengalir ke arah yang berbeza ini telah mewujudkan sebuah perkampungan. Maka dengan itu, wujudlah sebuah penempatan yang diberi nama Kampung Tian. Di percayai,  Tian mendapat nama  dari Sungai Tian yang mengalir dengan bersih, sejuk, nyaman dan segar. Sungai yang wujud ini berfungsi sebagai penghubung  kepada penduduk kampung untuk ke Daro dan ke Matu atau ke kampung-kampung yang berdekatan. Sehingga ke hari ini, sungai ini masih dimanfaatkan sebagai  penghubung kepada penduduk tempatan walaupun kampung ini telah menerima kemudahan jalan raya.". Ulasan aku:

1. Cakap awal tadi si Canal Achmen orang pertama, dah tu kenapa pembinaan terusan menggunakan tenaga kerja penduduk kawasan itu. (ayat apa ne???)
2. Arus berbeza mewujudkan sebuah perkampungan, aku ulang lagi... kawasan tu lebih 2km dari kampung, kalau kawasan tu mula-mula, kenapa orang kampung tak buat rumah kat sana???
3. Kampung Tian mendapat nama dari Sungai Tian yang mengalir dengan bersih, sejuk, nyaman, dan segar (woiiiiiiiiiiiii...kalau nak buat ayat, padan-padan lah...pernah mandi ka sana wahai penulis???)
4. Try baca ulasan aku tentang sungai kampung (Artikel 1) (Artikel 2)
5. Versi sejarah Kampung Tian yang tercatat di sini langsung tak pernah aku dengar dari mana-mana sumber mahupun mana-mana cerita lisan generasi terdahulu. Kenapa perlu nama mamat British yang langsung tidak dikenali dan mempunyai nama yang pelik.

Mungkin sejarah Kampung Tian adalah satu yang kabur dan bagi aku itu adalah realiti dan mana-mana kampung pun memiliki warisan sejarah yang kabur dan benda ini berlaku sejak zaman pemerintahan Raja Putih Sarawak dan sejak zaman keagungan empayar Majapahit lagi. Malahan susur galur masyarakat Melanau yang dikatakan berasal dari selatan Filipina membuatkan aku lebih serius memikirkan tentang isu sejarah kampung yang dicatat dalam laman telecentre tersebut. Sejarah bila dicatat perlu dimasukkan sumber dengan jelas dan bukannya diceritakan dengan "hentam keromo" dan tidak beralaskan sumber seperti itu. Apakah tiada generasi tua yang boleh dirujuk sebagai rujukan asas dan mungkin juga masalah birokrasi mahupun betapa masyarakat kampung aku tidak kisah dengan itu semua. Tapi ramai generasi muda yang berpendidikan dan mempunyai kemahiran dan masih sedia berbakti di kampung dan tidak seperti aku yang merantau jauh di tempat orang.

Kemudahan ICT yang dibekalkan oleh kerajaan melalui USP di perpustakaan Kampung Tian seolah-olah tidak membawa banyak makna dalam realiti perkembangan Kampung Tian dan kurang memenuhi aspirasi yang cuba diterapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Malahan perkara ini diburukan lagi dengan sumber cerita yang bagi aku sesuatu yang kurang kukuh melalui asas-asas ilmu sejarah dan bertambah buruk dengan maklumat yang hampir tidak tepat untuk beberapa aspek daripada 17 aspek yang dimasukkan. Kalau zaman portal ini diwujudkan sekitar tahun 1990-an dahulu aku boleh terima, tetapi selepas beberapa tahun beroperasi dan entri terakhir ditulis sekitar 2010, adalah sesuatu yang memualkan aku dengan maklumat-maklumat yang langsung tidak berguna untuk tatapan umum. Korang boleh usha setiap bahagian daripada 17 bahagian dalam laman portal tersebut dan nilaikan sendiri.

Akhir sekali aku berharap agar ada dalam kalangan anak jati Kampung Tian yang mengambil jurusan Sejarah, Geografi, Antropologi, Sumber Manusia, Komunikasi, dan bidang yang berkaitan untuk tampil membuat kajian terperinci tentang sejarah, pembangunan ekonomi, nilai-nilai budaya, dan kemasyarakatan tentang kampung aku kemudian hari. Aku tidak mampu untuk membuatnya dari perspektif yang jelas kerana bidang pendidikan kurang beralih ke arah itu. Namun sekiranya ada kesempatan, aku akan berbicara tentang perkembangan pendidikan dalam ruang legar masyarakat Kampung Tian di kemudian hari dengan bermula di SK Bawang Tian. Kemudian kenapa aku ketawa semasa mula-mula membaca artikel ringkas tentang sejarah Kampung Tian di laman portal telecentre tersebut hampir setahun lepas adalah disebabkan oleh... rujuk nota di bawah.

Nota : Sumber ialah "GOOGLE"
Canal tu bermaksud:
(1) Saluran kalau dikira daripada perkataan asal dalam bahasa Sepanyol, jadi mamat British apa benda dolllll????
(2) Terusan kalau dikira daripada perkataan Inggeris, jadi Sungai Tian tu Terusan Acheman lah ya?
(3) Hubungan seks pasangan yang tidak mengenali antara satu sama lain
(4) Sikap penakut... Jadi Canal Acheman takut tak buat terusan tu?
(5) Perkataan yang digunakn untuk menghina seseorang - taraf lebih rendah dari lubang kabut

Acheman pula merupakan nama yang menjadi kebanggaan warga Scotland... memang ada kaitan dengan ayat artikel "...iaitu seorang rakyat British"

Tuesday, March 6, 2012

Kenangan Budak Sekolah Menengah : Aktiviti Memancing

Hampir 2 minggu laman blog ini tidak aku singgah dan tidak ada perubahan dan tidak ada yang "accept request" aku untuk menulis di sini. Hahahahahahaha... kenapa ye? Mungkin kerana aku rasa tiada sudah orang buka email dan email hanyalah dibuka semasa membuka akaun laman sosial facebook. Tapi apa yang paling jelas ialah apabila kita meninggalkan alam persekolahan, dunia dilihat dari aspek yang terlalu sempit dan kekangan masa dan tugas kadangkala manusia tidak mampu untuk mengawalnya. Maklumlah kita generasi yang dibentuk melalui zaman yang jauh daripada perkembangan teknologi dan apa yang kita perolehi adalah kenangan lalu yang kadangkala mengusik jiwa dan raga generasi tua. Sebab itu aku malas nak sibuk berbincang tentang sesuatu isu di wall facebook yang bukan santai kerana aku tahu dan sememangnya tahu password facebook korang semua, jadi jangan tunjuk email korang di facebook. Hahahahahahaha.

Bila berbicara tentang kenangan mengusik jiwa, memang aku akui zaman sekolah menengah adalah zaman yang paling membawa seribu kenangan dan ianya tidak akan dapat diulang semula. Bak kata-kata hikmah Imam al-Ghazali..."Yang paling jauh dengan kita ialah kenangan masa lalu". Bila memikirkan kenangan tentang aktiviti wajib anak-anak zaman aku remaja di Kampung Tian iaitu memancing, aku rasakan ia adalah sebahagian memori yang akan ada dalam kalangan rakan-rakan yang sama-sama membesar di kawasan kampung. Kadangkala aktiviti memancing ini akan terus dilakukan oleh golongan dewasa dan bagi aku ianya adalah dari perspektif yang jauh berbeza kerana golongan dewasa memancing demi untuk mewujudkan ketenangan jiwa dan sedikit berkait dengan tuntutan ekonomi. Tapi bagi anak-anak remaja dan kanak-kanak khususnya, memancing adalah ibarat sandiwara hidup zaman remaja yang hanya akan menggamit jiwa sesiapa sahaja yang pernah melaluinya.

Jaguh Memancing Kampung Tian, ikut JP Joran aku rasa memang layak

Idea asal untuk aku menulis artikel perkongsian kali ini ialah apabila di "tag" dengan gambar di atas oleh Mann Levi's semasa waktu aku dok free di bilik guru menaip soalan peperiksaan sebelum cuti persekolah bermula isnin hadapan. Terkejut juga aku tengok gambar di atas kerana ikan yang ditunjukkan adalah asing bagi aku dan aku rasa sangat sedikit bilangan anak-anak Kampung Tian yang mengetahui spesis ikan tersebut. (Makluman untuk pelajar sekolah, semua jenis benda bernyawa orang panggil "spesis" dan jangan korang blurr kalau cikgu korang cakap spesis rambutan paling sebab...). Hahahahahaaha... aku bukan orang sains, tapi semua benda adalah sains dan semua benda hidup dikategorikan mengikut spesis dan tumbuh-tumbuhan adalah spesis. Aik... melalut lak sebab aku dok bengang tengok status FB budak-budak sekolah menengah aliran sains yang bangang dan tidak mengetahui bahawa rambutan boleh dikaitkan dengan penanda wacana spesis, hahahahahahahaha, jangan rasa pandai sekadar duduk di kelas sains.

Gambar di atas memang sesuatu yang "rare" bagi aku dan ianya menjadi KLMJ yang kadangkala sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Kalau korang tak tahu apa itu KLMJ, try usha sendiri lah dan aku rasa kalau korang takda rasa apa-apa, aku terima dan alasan aku ialah melalui bukti ayat-ayat yang sukar keluar bila korang nak buat karangan ataupun menyumbangkan artikel yang sumbang di blog ini. Hahahahahahahahha (ayat sakit hati sebab korang malas nak berkongsi cerita di blog yang boleh dikira rasmi tentang Kampung Tian ini). Serius ne, gambar di atas menjadi tajuk bualan hangat di bilik guru aku siang tadi dan ramai yang bertanya tentang ikan ini, aku biasalah dengan gaya Anak Melanau jawab dengan serius... mana aku tahu, ingat bapa aku ka yang pelihara ikan tu. Tapi betul lah kan, spesis ikan ini aku tak pernah tengok dan kali pertama tengok adalah melalui gambar ini dan mustahil untuk nak kelentong kaki kaki pancing laut dalam yang setiap hujung minggu keluar ke laut dalam mengisi kekosongan jiwa selepas penat melayan anak-anak remaja di kelas. Jangan sesekali menganggap kerjaya guru itu mudah terutamanya guru di sekolah menengah yang sibuk dengan agenda tak tentu hala KPM dan hasilnya manusia tidak pandai bersyukur.

Semasa zaman kanak-kanak dan meniti ke alam remaja, ikan-ikan sungai dalam saiz yang tidak sampai 500 gram yang menjadi mangsa pancing tradisional aku dan rakan-rakan. Malahan ada lagi saiz ikan yang kecil seperti ikan "Tetikoi" yang aku pernah pancing menggunakan batang pancing buluh (boh ubak jemanak) dengan 3 mata kail berlainan talinya. Kalau korang rasa hairan dengan pernyataan itu, sah korang memang tidak pernah mengayuh sampan hingga ke hulu sungai (Sungai Tebuk, Sungai Ritis, Sungai Mabut, Sungai Tebulus, Sungai Tinak, dan Sungai Babe'l). Aktiviti memancing ini aku kategorikan sebagai aktiviti tradisional yang dilakukan oleh generasi tua dahulu sebagai sebahagian daripada punca rezeki dan mungkin untuk mewariskan kemahiran tersebut kepada anak-anak. Tapi dek pembangunan kampung yang semakin menghakis budaya bangsa di Kampung Tian, segala aktiviti ini sudah tidak wujud kecuali ada dalam kalangan generasi 40-an dan 50-an yang masih setia dengan cara hidup nenek moyang kita.

Joran Moden, aku takde. Mahal dan aku suka memancing depan komputer

Aktiviti memancing kedua ialah memancing spesis ikan puyu dan sepat yang aku rasa sangat menonjol terutamanya sekitar tahun 1990-an di kawasan Bruan. Dan heronya tetap hensemboy yang memperolehi ikan Palau seberat 10kg dalam gambar pertama di atas. Memang semenjak zaman kanak-kanak aktiviti memancing ikan puyu dan sepat ini adalah satu aktiviti yang aku rasa indah dan banyak meninggalkan memori indah sebagai makhluk dan ianya ada dalam lipatan memori generasi seperti aku. Aktiviti memancing ini sering kali berakhir dengan aktiviti mandi sungai walaupun sungai Kampung Tian itu kadangkala bagi aku tidak logik dipanggil sebagai sungai kerana bila airnya cetek (kalau dulu-dulu tiba-tiba air sungai tu korang tengok macam nak pupus...aku dengan rakan-rakan tengah buat empangan bakun di hulu sungai kawasan hujung kampung Tebuwau sana lah tu, hahahahahahaha). Aku masih terfikir apakah rasionalnya kanak-kanak akan mengakhiri aktiviti memancing puyu dan sepat ini dengan mandi sungai takala sungai Tian itu cetek dan aktiviti menolak papan menjadi papan luncur manual mungkin alasan yang aku rasa sesuai dan logik.

Ikan Sepet yang kadangkala berbeza mengikut lokasi

Cari gambar ikan puyu, tiba-tiba ada gambar awek ne, try klik muaaaahhh

Ikan Puyu dikatakan tahan lasak, spesis hampir sama mana-mana lokasi

Kemudian apabila tiba musim banjir, inilah yang menjadi pesta kepada kanak-kanak dan semua sibuk dengan pancing sendiri termasuklah golongan pelajar sekolah menengah (budak sekolah menengah sekarang sibuk dengan telefon bimbit dengan facebook dan tidak terfikir reload RM10 tu boleh buat makan satu keluarga untuk satu hari dan korang selamba je habiskan dengan sms bangang, sebab tu jangan RQ kat aku nanti aku sumpah terus. Bukan isu kedekut, isunya ialah sms bangang kepada rakan-rakan yang dok tak habis cerita dari dalam kelas sampai ke rumah). Aktiviti memancing masa musim banjir banjir ini akan berkahir juga dengan aktiviti mandi dan mandi dan mandi sehingga mata menjadi seperti burung gagak dek kerana terlalu banyak aktiviti semasa mandi. Aku bila lihat kanak-kanak mandi di sungai Tian pada hari ini...memang KLMJ habis dan aku hanya mampu tersenyum melihat karenah mereka dan hidup pada masa itu adalah indah dan jauh daripada masalah walaupun sempadan dunia bagi mereka sempit dalam konteks rumah, sungai, keliling kampung, dan sekolah semata-mata berbanding generasi aku yang jauh merantau ke pelusuk dunia. Antara ikan yang mungkin pupus di sungai Kampung Tian pada hari ini yang aku rasa ialah Pera'as, Besuang, Snno' dan spesis lain yang mungkin tidak aku ketahui kerana dunia ini penuh dengan spesis yang pupus dan kemunculan spesis baru yang memenuhi kitaran makhluk di muka bumi.

Memang aktiviti memancing bukan dapat dirasai oleh semua generasi terutamanya kanak-kanak di kampung pada hari ini. Malahan kenangan memancing zaman kanak-kanak hingga ke sekolah menengah aku pun tidaklah begitu dahsyat dan ianya banyak diwarnai secara bertimbal balik antara kenangan mandi sungai dan kenangan menaut keli'k semasa musim banjir. Malahan aku rasa aktiviti memancing juga berubah mengikut musim seperti musim orang kampung gila menjala ikan di sungai Tebuk dahulu mencari spesisi ikan tebawan yang biasa bagi penduduk Kampung Jemoreng dan aku pernah makan ikan tu semasa lepak di rumah member di sana. Rasanya entahlah sebab bagi aku rasa ikan ne sama je kerana hanya 2 rasa iaitu hanyir untuk spesis ikan sungai dan tidak hanyir untuk spesis ikan laut (ayat malas nak bandingkan sangat, bagus makan tegup). Untuk pelajar sekolah menengah di SMK Matu, tahukah korang bahawa zaman aku sekolah sekitar 1990-an... budak Kampung Tian dan Kampung Jemoreng ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga. Tapi sekarang korang dah jadi macam anjing dengan kucing ibarat tiada ketamadunan.

Kemudian sebagai generasi muda yang menerima pendedahan tentang hukum-hukum agama (walaupun bukan kategori ustaz), banyak sangat spesis ikan yang aku dan rakan-rakan rasa dimasukkan ke dalam senarai tidak boleh dimakan dari perspektif yang salah oleh generasi terdahulu. Memang isu zaman pagan masyarakat Kampung Tian tidak hilang dan diwarisi oleh generasi muda. Terpulang dengan kita untuk mengubah perspektifnya dengan cara yang lebih baik dengan mengaitkannya dengan isu kesihatan seperti "allergik" dan istilah penaley itu tertalu animisme bagi aku. Tapi itu terpulang kepada sesiapa sahaja dan apa yang penting ialah memahami tentang konsep animisme yang masih bertapak kukuh dalam mentaliti masyarakat Kampung Tian di samping aktiviti bangang semasa musim perayaan (ini korang cari sendiri dan aku tak berani nak komen). Berbalik kepada isu memancing zaman kanak-kanak dan remaja aku, semua gambar berikut akan menjadi satu kehampaan bila mendapat spesis ikan berikut:

Haruan yang berguna dalam aspek kesihatan

Ikan Toman, hahahahahaha... aku tak tahu nak kata apa D'ak juga ne kot

Kedua-dua spesis ikan di atas sangat terkenal di Kampung Tian dan bagi aku secara peribadinya, jika ikan ini berjaya dipancing dahulu, kehampaan akan muncul di hati. Pernah juga aku terfikir kenapa spesis ikan tersebut dianggap sebagai satu spesis yang dikategorikan penaley dan sekarang isu allergik itu bagi aku mungkin menyebabkan ianya terkenal sebagai ikan yang tidak best dan jika anda berjaya memancingnya, anda akan ditertawakan oleh rakan-rakan (lumrah zaman kanak-kanak yang aku rasa bangang sebab suka ketawakan orang). Tapi setiap kali hampir musim Tahun Baru Cina, ramai dalam kalangan golongan muda dari kampung Pasar Lama Sekaan akan datang dengan tombak dan lampu suluh pada waktu malam ke Kampung Tian (mungkin pemandangan ini sudah tiada) untuk menangkap kedua-dua spesis ikan di atas disamping ikan d'ak yang aku rasa jarang mereka dapat kerana spesis tersebut dimakan oleh segelintir besar penduduk Kampung Tian. Kehadiran mereka ini biasa aku dan rakan-rakan lihat kerana zaman remaja aku penuh dengan aktiviti melepak dari pagi hingga ke pagi sehingga di cop sebagai remaja tidak ada masa depan.

Walau bagaimanapun, aktiviti memancing memang merupakan satu nostalgia indah bagi aku dan rakan-rakan terutamanya yang sama-sama membesar di kawasang Kampung Tebuwau Tian yang dikategorikan sebagai kawasan yang sedikit terkebelakang satu ketika dahulu. Malahan aktiviti memesay, menaut (istilah ini aku rasa tiada dilakukan di tempat lain kot), memakak, dan memrong boleh diletakkan di bawah skop yang sama iaitu menangkap ikan. Aktiviti memancing juga berubah mengikut arus dan ianya masih menjadi sebahagian KLMJ bagi aku sebagai anak kampung yang masih bangga dengan realiti tempat aku membesar walaupun kadangkala Kampung Tian ini mempunyai keunikkan yang tersendiri. Teringat ayat power anak member... Abang:"eh! kenapa kampung papa air sungai dia hitam bukan macam air sungai di kampung mama? Adik:"Ia kan, ndak best lah kan, sungai di kampung mama lagi best untuk mandi". Hahahahahaha, aku tak tahu nak bagi ulasan apa dengan ayat mudah kanak-kanak, apa jawapan kalau anda?

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (KLMJ) memang bagi aku sangat banyak apabila melihat pelbagai aktiviti yang telah dilakukan oleh rakan-rakan yang sentiasa di kampung. Bagi aku Kampung Tian memang banyak mengajar aku tentang apa yang dipanggil sebagai roda-roda kehidupan dan ianya adalah ilmu pengetahuan yang tidak ternilai. Memang aku merasakan satu dekad lebih (2010-2012) meninggalkan kampung adalah tempoh masa yang cukup panjang dan mungkinnnn sampai masanya aku kembali berkhidmat di tempat sendiri dan menabur bakti dalam kalangan anak-anak generasi muda kampung yang kadangkala membuat aku KLMJ. Ibarat istilah yang mewarnai perkembangan teknologi hari ini melalui kewujudan bahasa yang sukar diterima generasi tua, jadi untuk anak-anak Kampung Tian, gunakanlah istilah yang tepat dan berilmiah walaupun ringkas seperti LOL, FTW, Batthurt, WTF, dan KLMJ, bukannya aq, tawwww... yang bangang di facebook anda. 

Kemudian aku kongsi lagi gambar ikan yang biasa dapat semasa menaut di kampung dan kadangkala dapat diperolehi melalui aktiviti memancing. Jadi nilai sendiri kerana di Kampung Tian ada dua spesis sahaja yang kita ketahui iaitu keli'k dan Ibeq. Hahahahahhahahahaha...layannnn, makan jangan sebarang makan kerana "lebih baik sekiranya anak-anak diberikan pancing supaya dia tahu bagaimana menangkap ikan, daripada hanya diberi makan ikan setiap hari".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...