Tuesday, March 6, 2012

Kenangan Budak Sekolah Menengah : Aktiviti Memancing

Hampir 2 minggu laman blog ini tidak aku singgah dan tidak ada perubahan dan tidak ada yang "accept request" aku untuk menulis di sini. Hahahahahahaha... kenapa ye? Mungkin kerana aku rasa tiada sudah orang buka email dan email hanyalah dibuka semasa membuka akaun laman sosial facebook. Tapi apa yang paling jelas ialah apabila kita meninggalkan alam persekolahan, dunia dilihat dari aspek yang terlalu sempit dan kekangan masa dan tugas kadangkala manusia tidak mampu untuk mengawalnya. Maklumlah kita generasi yang dibentuk melalui zaman yang jauh daripada perkembangan teknologi dan apa yang kita perolehi adalah kenangan lalu yang kadangkala mengusik jiwa dan raga generasi tua. Sebab itu aku malas nak sibuk berbincang tentang sesuatu isu di wall facebook yang bukan santai kerana aku tahu dan sememangnya tahu password facebook korang semua, jadi jangan tunjuk email korang di facebook. Hahahahahahaha.

Bila berbicara tentang kenangan mengusik jiwa, memang aku akui zaman sekolah menengah adalah zaman yang paling membawa seribu kenangan dan ianya tidak akan dapat diulang semula. Bak kata-kata hikmah Imam al-Ghazali..."Yang paling jauh dengan kita ialah kenangan masa lalu". Bila memikirkan kenangan tentang aktiviti wajib anak-anak zaman aku remaja di Kampung Tian iaitu memancing, aku rasakan ia adalah sebahagian memori yang akan ada dalam kalangan rakan-rakan yang sama-sama membesar di kawasan kampung. Kadangkala aktiviti memancing ini akan terus dilakukan oleh golongan dewasa dan bagi aku ianya adalah dari perspektif yang jauh berbeza kerana golongan dewasa memancing demi untuk mewujudkan ketenangan jiwa dan sedikit berkait dengan tuntutan ekonomi. Tapi bagi anak-anak remaja dan kanak-kanak khususnya, memancing adalah ibarat sandiwara hidup zaman remaja yang hanya akan menggamit jiwa sesiapa sahaja yang pernah melaluinya.

Jaguh Memancing Kampung Tian, ikut JP Joran aku rasa memang layak

Idea asal untuk aku menulis artikel perkongsian kali ini ialah apabila di "tag" dengan gambar di atas oleh Mann Levi's semasa waktu aku dok free di bilik guru menaip soalan peperiksaan sebelum cuti persekolah bermula isnin hadapan. Terkejut juga aku tengok gambar di atas kerana ikan yang ditunjukkan adalah asing bagi aku dan aku rasa sangat sedikit bilangan anak-anak Kampung Tian yang mengetahui spesis ikan tersebut. (Makluman untuk pelajar sekolah, semua jenis benda bernyawa orang panggil "spesis" dan jangan korang blurr kalau cikgu korang cakap spesis rambutan paling sebab...). Hahahahahaaha... aku bukan orang sains, tapi semua benda adalah sains dan semua benda hidup dikategorikan mengikut spesis dan tumbuh-tumbuhan adalah spesis. Aik... melalut lak sebab aku dok bengang tengok status FB budak-budak sekolah menengah aliran sains yang bangang dan tidak mengetahui bahawa rambutan boleh dikaitkan dengan penanda wacana spesis, hahahahahahahaha, jangan rasa pandai sekadar duduk di kelas sains.

Gambar di atas memang sesuatu yang "rare" bagi aku dan ianya menjadi KLMJ yang kadangkala sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Kalau korang tak tahu apa itu KLMJ, try usha sendiri lah dan aku rasa kalau korang takda rasa apa-apa, aku terima dan alasan aku ialah melalui bukti ayat-ayat yang sukar keluar bila korang nak buat karangan ataupun menyumbangkan artikel yang sumbang di blog ini. Hahahahahahahahha (ayat sakit hati sebab korang malas nak berkongsi cerita di blog yang boleh dikira rasmi tentang Kampung Tian ini). Serius ne, gambar di atas menjadi tajuk bualan hangat di bilik guru aku siang tadi dan ramai yang bertanya tentang ikan ini, aku biasalah dengan gaya Anak Melanau jawab dengan serius... mana aku tahu, ingat bapa aku ka yang pelihara ikan tu. Tapi betul lah kan, spesis ikan ini aku tak pernah tengok dan kali pertama tengok adalah melalui gambar ini dan mustahil untuk nak kelentong kaki kaki pancing laut dalam yang setiap hujung minggu keluar ke laut dalam mengisi kekosongan jiwa selepas penat melayan anak-anak remaja di kelas. Jangan sesekali menganggap kerjaya guru itu mudah terutamanya guru di sekolah menengah yang sibuk dengan agenda tak tentu hala KPM dan hasilnya manusia tidak pandai bersyukur.

Semasa zaman kanak-kanak dan meniti ke alam remaja, ikan-ikan sungai dalam saiz yang tidak sampai 500 gram yang menjadi mangsa pancing tradisional aku dan rakan-rakan. Malahan ada lagi saiz ikan yang kecil seperti ikan "Tetikoi" yang aku pernah pancing menggunakan batang pancing buluh (boh ubak jemanak) dengan 3 mata kail berlainan talinya. Kalau korang rasa hairan dengan pernyataan itu, sah korang memang tidak pernah mengayuh sampan hingga ke hulu sungai (Sungai Tebuk, Sungai Ritis, Sungai Mabut, Sungai Tebulus, Sungai Tinak, dan Sungai Babe'l). Aktiviti memancing ini aku kategorikan sebagai aktiviti tradisional yang dilakukan oleh generasi tua dahulu sebagai sebahagian daripada punca rezeki dan mungkin untuk mewariskan kemahiran tersebut kepada anak-anak. Tapi dek pembangunan kampung yang semakin menghakis budaya bangsa di Kampung Tian, segala aktiviti ini sudah tidak wujud kecuali ada dalam kalangan generasi 40-an dan 50-an yang masih setia dengan cara hidup nenek moyang kita.

Joran Moden, aku takde. Mahal dan aku suka memancing depan komputer

Aktiviti memancing kedua ialah memancing spesis ikan puyu dan sepat yang aku rasa sangat menonjol terutamanya sekitar tahun 1990-an di kawasan Bruan. Dan heronya tetap hensemboy yang memperolehi ikan Palau seberat 10kg dalam gambar pertama di atas. Memang semenjak zaman kanak-kanak aktiviti memancing ikan puyu dan sepat ini adalah satu aktiviti yang aku rasa indah dan banyak meninggalkan memori indah sebagai makhluk dan ianya ada dalam lipatan memori generasi seperti aku. Aktiviti memancing ini sering kali berakhir dengan aktiviti mandi sungai walaupun sungai Kampung Tian itu kadangkala bagi aku tidak logik dipanggil sebagai sungai kerana bila airnya cetek (kalau dulu-dulu tiba-tiba air sungai tu korang tengok macam nak pupus...aku dengan rakan-rakan tengah buat empangan bakun di hulu sungai kawasan hujung kampung Tebuwau sana lah tu, hahahahahahaha). Aku masih terfikir apakah rasionalnya kanak-kanak akan mengakhiri aktiviti memancing puyu dan sepat ini dengan mandi sungai takala sungai Tian itu cetek dan aktiviti menolak papan menjadi papan luncur manual mungkin alasan yang aku rasa sesuai dan logik.

Ikan Sepet yang kadangkala berbeza mengikut lokasi

Cari gambar ikan puyu, tiba-tiba ada gambar awek ne, try klik muaaaahhh

Ikan Puyu dikatakan tahan lasak, spesis hampir sama mana-mana lokasi

Kemudian apabila tiba musim banjir, inilah yang menjadi pesta kepada kanak-kanak dan semua sibuk dengan pancing sendiri termasuklah golongan pelajar sekolah menengah (budak sekolah menengah sekarang sibuk dengan telefon bimbit dengan facebook dan tidak terfikir reload RM10 tu boleh buat makan satu keluarga untuk satu hari dan korang selamba je habiskan dengan sms bangang, sebab tu jangan RQ kat aku nanti aku sumpah terus. Bukan isu kedekut, isunya ialah sms bangang kepada rakan-rakan yang dok tak habis cerita dari dalam kelas sampai ke rumah). Aktiviti memancing masa musim banjir banjir ini akan berkahir juga dengan aktiviti mandi dan mandi dan mandi sehingga mata menjadi seperti burung gagak dek kerana terlalu banyak aktiviti semasa mandi. Aku bila lihat kanak-kanak mandi di sungai Tian pada hari ini...memang KLMJ habis dan aku hanya mampu tersenyum melihat karenah mereka dan hidup pada masa itu adalah indah dan jauh daripada masalah walaupun sempadan dunia bagi mereka sempit dalam konteks rumah, sungai, keliling kampung, dan sekolah semata-mata berbanding generasi aku yang jauh merantau ke pelusuk dunia. Antara ikan yang mungkin pupus di sungai Kampung Tian pada hari ini yang aku rasa ialah Pera'as, Besuang, Snno' dan spesis lain yang mungkin tidak aku ketahui kerana dunia ini penuh dengan spesis yang pupus dan kemunculan spesis baru yang memenuhi kitaran makhluk di muka bumi.

Memang aktiviti memancing bukan dapat dirasai oleh semua generasi terutamanya kanak-kanak di kampung pada hari ini. Malahan kenangan memancing zaman kanak-kanak hingga ke sekolah menengah aku pun tidaklah begitu dahsyat dan ianya banyak diwarnai secara bertimbal balik antara kenangan mandi sungai dan kenangan menaut keli'k semasa musim banjir. Malahan aku rasa aktiviti memancing juga berubah mengikut musim seperti musim orang kampung gila menjala ikan di sungai Tebuk dahulu mencari spesisi ikan tebawan yang biasa bagi penduduk Kampung Jemoreng dan aku pernah makan ikan tu semasa lepak di rumah member di sana. Rasanya entahlah sebab bagi aku rasa ikan ne sama je kerana hanya 2 rasa iaitu hanyir untuk spesis ikan sungai dan tidak hanyir untuk spesis ikan laut (ayat malas nak bandingkan sangat, bagus makan tegup). Untuk pelajar sekolah menengah di SMK Matu, tahukah korang bahawa zaman aku sekolah sekitar 1990-an... budak Kampung Tian dan Kampung Jemoreng ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga. Tapi sekarang korang dah jadi macam anjing dengan kucing ibarat tiada ketamadunan.

Kemudian sebagai generasi muda yang menerima pendedahan tentang hukum-hukum agama (walaupun bukan kategori ustaz), banyak sangat spesis ikan yang aku dan rakan-rakan rasa dimasukkan ke dalam senarai tidak boleh dimakan dari perspektif yang salah oleh generasi terdahulu. Memang isu zaman pagan masyarakat Kampung Tian tidak hilang dan diwarisi oleh generasi muda. Terpulang dengan kita untuk mengubah perspektifnya dengan cara yang lebih baik dengan mengaitkannya dengan isu kesihatan seperti "allergik" dan istilah penaley itu tertalu animisme bagi aku. Tapi itu terpulang kepada sesiapa sahaja dan apa yang penting ialah memahami tentang konsep animisme yang masih bertapak kukuh dalam mentaliti masyarakat Kampung Tian di samping aktiviti bangang semasa musim perayaan (ini korang cari sendiri dan aku tak berani nak komen). Berbalik kepada isu memancing zaman kanak-kanak dan remaja aku, semua gambar berikut akan menjadi satu kehampaan bila mendapat spesis ikan berikut:

Haruan yang berguna dalam aspek kesihatan

Ikan Toman, hahahahahaha... aku tak tahu nak kata apa D'ak juga ne kot

Kedua-dua spesis ikan di atas sangat terkenal di Kampung Tian dan bagi aku secara peribadinya, jika ikan ini berjaya dipancing dahulu, kehampaan akan muncul di hati. Pernah juga aku terfikir kenapa spesis ikan tersebut dianggap sebagai satu spesis yang dikategorikan penaley dan sekarang isu allergik itu bagi aku mungkin menyebabkan ianya terkenal sebagai ikan yang tidak best dan jika anda berjaya memancingnya, anda akan ditertawakan oleh rakan-rakan (lumrah zaman kanak-kanak yang aku rasa bangang sebab suka ketawakan orang). Tapi setiap kali hampir musim Tahun Baru Cina, ramai dalam kalangan golongan muda dari kampung Pasar Lama Sekaan akan datang dengan tombak dan lampu suluh pada waktu malam ke Kampung Tian (mungkin pemandangan ini sudah tiada) untuk menangkap kedua-dua spesis ikan di atas disamping ikan d'ak yang aku rasa jarang mereka dapat kerana spesis tersebut dimakan oleh segelintir besar penduduk Kampung Tian. Kehadiran mereka ini biasa aku dan rakan-rakan lihat kerana zaman remaja aku penuh dengan aktiviti melepak dari pagi hingga ke pagi sehingga di cop sebagai remaja tidak ada masa depan.

Walau bagaimanapun, aktiviti memancing memang merupakan satu nostalgia indah bagi aku dan rakan-rakan terutamanya yang sama-sama membesar di kawasang Kampung Tebuwau Tian yang dikategorikan sebagai kawasan yang sedikit terkebelakang satu ketika dahulu. Malahan aktiviti memesay, menaut (istilah ini aku rasa tiada dilakukan di tempat lain kot), memakak, dan memrong boleh diletakkan di bawah skop yang sama iaitu menangkap ikan. Aktiviti memancing juga berubah mengikut arus dan ianya masih menjadi sebahagian KLMJ bagi aku sebagai anak kampung yang masih bangga dengan realiti tempat aku membesar walaupun kadangkala Kampung Tian ini mempunyai keunikkan yang tersendiri. Teringat ayat power anak member... Abang:"eh! kenapa kampung papa air sungai dia hitam bukan macam air sungai di kampung mama? Adik:"Ia kan, ndak best lah kan, sungai di kampung mama lagi best untuk mandi". Hahahahahaha, aku tak tahu nak bagi ulasan apa dengan ayat mudah kanak-kanak, apa jawapan kalau anda?

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (KLMJ) memang bagi aku sangat banyak apabila melihat pelbagai aktiviti yang telah dilakukan oleh rakan-rakan yang sentiasa di kampung. Bagi aku Kampung Tian memang banyak mengajar aku tentang apa yang dipanggil sebagai roda-roda kehidupan dan ianya adalah ilmu pengetahuan yang tidak ternilai. Memang aku merasakan satu dekad lebih (2010-2012) meninggalkan kampung adalah tempoh masa yang cukup panjang dan mungkinnnn sampai masanya aku kembali berkhidmat di tempat sendiri dan menabur bakti dalam kalangan anak-anak generasi muda kampung yang kadangkala membuat aku KLMJ. Ibarat istilah yang mewarnai perkembangan teknologi hari ini melalui kewujudan bahasa yang sukar diterima generasi tua, jadi untuk anak-anak Kampung Tian, gunakanlah istilah yang tepat dan berilmiah walaupun ringkas seperti LOL, FTW, Batthurt, WTF, dan KLMJ, bukannya aq, tawwww... yang bangang di facebook anda. 

Kemudian aku kongsi lagi gambar ikan yang biasa dapat semasa menaut di kampung dan kadangkala dapat diperolehi melalui aktiviti memancing. Jadi nilai sendiri kerana di Kampung Tian ada dua spesis sahaja yang kita ketahui iaitu keli'k dan Ibeq. Hahahahahhahahahaha...layannnn, makan jangan sebarang makan kerana "lebih baik sekiranya anak-anak diberikan pancing supaya dia tahu bagaimana menangkap ikan, daripada hanya diberi makan ikan setiap hari".


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...