Sunday, March 11, 2012

Perkembangan ICT dan Sejarah Kampung Tian : Satu Tinjauan dari Jauh, Antara Pendapat dan Realiti

Kampung Tian dengan latarbelakang yang pelbagai dan mengecapi pembangunan pasca merdeka sebagai sebuah petempatan luar bandar yang bergerak seiring dengan perkembangan latar sejarah negara sejak pra merdeka lagi. Malahan dengan bilangan penduduk yang sudah mencecah hampir 4000 orang, Kampung Tian memang telah mengorak langkah dengan menepis pelbagai kebudayaan tradisi yang sudah menjadi kebanggaan masyarakat tempatan sejak berdekad lamanya. Cuma pepohon Libau yang di bawah yang kadangkala akan menjadi pemandangan yang tidak berubah sejak hampir 2 dekad yang lalu.

Kayo LIBAU Kampung Tian (SUMBER)

Tetapi jika diselami dari aspek yang aku nyatakan iaitu perkembangan ICT dan sejarah kampung, aku rasa mungkin ramai dalam kalangan warganya tidak mengetahui tentang latar belakang kampung sendiri. Malahan aku yang merupakan antara anak jati Kampung Tian yang sudah merantau hampir sedekad di tempat orang melihat isu tersebut dari sudut perspektif sendiri dan aku tidak berani untuk meletakkan batu pemisah dengan persoalan tersebut kerana aku bukanlah orang yang layak. Tetapi apa yang aku rasa perlu dijelaskan perlu dijelaskan kerana isu ini terlalu lama aku rasa pendamkan dan seolah-olah hegemoni zaman penjajahan ataupun hegemoni antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat terbuku dalam hati nurani penulis yang menulis artikel dalam laman portal tentang Kampung Tian ini. Mungkin juga apa yang ditulis tersebut terlalu subjektif dan aku tidak mampu menerimanya.

Rekaletak Muka hadapan dan ulasan aku seperti di bawah: KLIK UNTUK KE PORTAL TELECENTRE

Pernahkah korang mengetahui kewujudan telecentre.my seperti gambar asas laman tersebut di atas? Telecentre ini merupakan laman portal yang menyediakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada hampir 750 buah kampung di seluruh negara dengan latar budaya yang pelbagai dan menjadi wadah kepada komuniti setempat berinteraksi dengan dunia luar. Malahan konsep asas telecentre ini ialah:

                "USP5 Telecentres are helping empower communities, end isolation, create 
                economic opportunity, give people a voice and educate the public"

Mungkin aku bukanlah orang yang layak menterjemahkan frasa mudah di atas kerana terjemahan aku adalah mudah melalui 5 perkara berikut iaitu:
1. Telecentre membantu memperkasakan komuniti dalam lingkungan perkhidmatannya
2. Telecentre sebagai wadah untuk berinteraksi dengan dunia luar
3. Telecentre membuka peluang ekonomi setempat
4. Telecentre memberi peluang masyarakat bersuara dalam dunia maya
5. Telecentre membantu masyarakat mempelajari ICT

Apa yang menarik tentang telecentre ini ialah seperti yang aku senaraikan di atas, tetapi aku hairan bilamana nama Kampung Tian tidak tersenarai sebagai komuniti yang terlibat. Kalau korang tak percaya, boleh lah melayari portal telecentre melalui capaian terus ke senarai telecentre mengikut pecahan negeri di SINI. (KLIK). Malahan pengguna boleh menghubungi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui Sektor Komunikasi mereka dengan maklumat di sini (KLIK). Tapi laman portal penuh tentang Kampung Tian ini pernah aku kongsikan dalam artikel sebelum ini dan korang boleh rujuk sendiri di sini (KLIK). Artikel ini berkisarkan tentang kepentingan celik IT dalam kalangan anak-anak Kampung Tian dalam erti kata yang mudah. Walau bagaimanapun denga penggunaan gambar yang hampir sama kerana bersumberkan portal yang sama, artikel kali ini aku lebih suka menyatakan tentang aspek ICT seperti penerangan sebelum ini dan aspek sejarah kampung selepas ini. Aku harap semua boleh membezakan konsep ICT dengan IT ini.

Untuk Mengakses Portal Telecentre Kampung Tian (KLIK)

Terdapat 17 pecahan aspek-aspek yang berkaitan dengan Kampung Tian yang boleh dirujuk dan aspek sejarah ini merupakan sesuatu yang menarik minat aku. Malahan korang boleh klik setiap aspek yang kadangkala membuatkan aku terfikir sejak artikel pertama dahulu...adakah aku terlalu lama merantau di tempat orang sehinggakan banyak pemandangan yang aku rasa sesuatu yang diluar tafsiran akal sebagai anak jati Kampung Tian. Kalau korang nak tahu sendiri bolehlah usha laman portal tersebut dan aku tak tahu siapa yang memiliki akaun yang boleh mengakses laman blog portal tersebut kerana tarikh akhir kemas kini sekitar 2009 dan 2010. Hampir dua tahun yang lepas dan membuat aku terfikir...adakah projek di bawah Kementerian Penerangan ini sudah diberhentikan?

Canal Achmen...emmm, aku tak pernah dengar pun nama mamat British ne dan kalau korang google kan pun korang takkan jumpa. Kali pertama aku singgah di laman portal ini melalui artikel pertama yang aku nyatakan sebelum ini pun aku sudah ketawa sampai berair mata dan sekarang selepas kali kedua cuba rasa tergelak tu ada lagi (MALAHAN KEKALAHAN MANCHESTER CITY KEPADA SWANSEA JUGA PENYEBABNYA... Apa jadah team kaya raya ne kalah?). Baiklah, aku sebagai anak jati Kampung Tian pernah mendengar bagaimana penduduk tempatan dari Kampung Tian dan Daro (mungkin kampung Pangtray) bersama-sama membangunkan terusan penghubung utama antara Kampung Tian dengan daerah Daro. Malahan arus Sungai Tebuk yang berpecah dua itu masih kekal sehingga sekarang. Kemudian terdapat juga versi yang menyatakan bahawa kampung asal penduduk tempatan adalah di kawasan Sungai Mabut yang terletak di hulu sungai kawasan Kampung Tangki dan bagi aku perkara itu lebih releven.

Tiba-tiba muncul nama Canal Achmen lak dalam laman portal ini, dah lah tak diberikan sumber dan kalau aku yang masukkan, aku masukkan nama datuk aku yang aku sayang dulu sebagai tokoh yang berwibawa daripada orang British tu. Cuba korang baca ayat ini: "Menurut sejarah, pembukaan Kampung Tian diasas oleh seorang rakyat British yang dikenali sebagai Canal Achmen. Beliau merupakan orang pertama yang menerokai kawasan ini dan membina terusan sebagai jalan perhubung ketika itu. Canal membina terusan itu setelah melihat arus sungai mengalir ke dua kawasan yang berlainan iaitu  ke Daro dan ke Matu". Ulasan aku:

1. Apa jadah si Canal Achmen ne jadi orang pertama meneroka kawasan Kampung Tian
2. Tiada bukti pun... try tanya orang tua kampung, lelaki British pun diaorang tak tahu
3. Canal Achmen orang pertama membina terusan???? WTF
4. Lokasi air sungai yang mengalir kedua arah tu sejauh 2km dari hulu kampung...
5. Kenapa takde pun rumah-rumah kat sana? Kenapa Canal Achmen???

Kemudian artikel ringkas di laman portal tersebut menyambung: "Pada masa itu, pembinaan terusan ini dilakukan dengan menggunakan tenaga kerja penduduk kawasan itu.  Arus yang mengalir ke arah yang berbeza ini telah mewujudkan sebuah perkampungan. Maka dengan itu, wujudlah sebuah penempatan yang diberi nama Kampung Tian. Di percayai,  Tian mendapat nama  dari Sungai Tian yang mengalir dengan bersih, sejuk, nyaman dan segar. Sungai yang wujud ini berfungsi sebagai penghubung  kepada penduduk kampung untuk ke Daro dan ke Matu atau ke kampung-kampung yang berdekatan. Sehingga ke hari ini, sungai ini masih dimanfaatkan sebagai  penghubung kepada penduduk tempatan walaupun kampung ini telah menerima kemudahan jalan raya.". Ulasan aku:

1. Cakap awal tadi si Canal Achmen orang pertama, dah tu kenapa pembinaan terusan menggunakan tenaga kerja penduduk kawasan itu. (ayat apa ne???)
2. Arus berbeza mewujudkan sebuah perkampungan, aku ulang lagi... kawasan tu lebih 2km dari kampung, kalau kawasan tu mula-mula, kenapa orang kampung tak buat rumah kat sana???
3. Kampung Tian mendapat nama dari Sungai Tian yang mengalir dengan bersih, sejuk, nyaman, dan segar (woiiiiiiiiiiiii...kalau nak buat ayat, padan-padan lah...pernah mandi ka sana wahai penulis???)
4. Try baca ulasan aku tentang sungai kampung (Artikel 1) (Artikel 2)
5. Versi sejarah Kampung Tian yang tercatat di sini langsung tak pernah aku dengar dari mana-mana sumber mahupun mana-mana cerita lisan generasi terdahulu. Kenapa perlu nama mamat British yang langsung tidak dikenali dan mempunyai nama yang pelik.

Mungkin sejarah Kampung Tian adalah satu yang kabur dan bagi aku itu adalah realiti dan mana-mana kampung pun memiliki warisan sejarah yang kabur dan benda ini berlaku sejak zaman pemerintahan Raja Putih Sarawak dan sejak zaman keagungan empayar Majapahit lagi. Malahan susur galur masyarakat Melanau yang dikatakan berasal dari selatan Filipina membuatkan aku lebih serius memikirkan tentang isu sejarah kampung yang dicatat dalam laman telecentre tersebut. Sejarah bila dicatat perlu dimasukkan sumber dengan jelas dan bukannya diceritakan dengan "hentam keromo" dan tidak beralaskan sumber seperti itu. Apakah tiada generasi tua yang boleh dirujuk sebagai rujukan asas dan mungkin juga masalah birokrasi mahupun betapa masyarakat kampung aku tidak kisah dengan itu semua. Tapi ramai generasi muda yang berpendidikan dan mempunyai kemahiran dan masih sedia berbakti di kampung dan tidak seperti aku yang merantau jauh di tempat orang.

Kemudahan ICT yang dibekalkan oleh kerajaan melalui USP di perpustakaan Kampung Tian seolah-olah tidak membawa banyak makna dalam realiti perkembangan Kampung Tian dan kurang memenuhi aspirasi yang cuba diterapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Malahan perkara ini diburukan lagi dengan sumber cerita yang bagi aku sesuatu yang kurang kukuh melalui asas-asas ilmu sejarah dan bertambah buruk dengan maklumat yang hampir tidak tepat untuk beberapa aspek daripada 17 aspek yang dimasukkan. Kalau zaman portal ini diwujudkan sekitar tahun 1990-an dahulu aku boleh terima, tetapi selepas beberapa tahun beroperasi dan entri terakhir ditulis sekitar 2010, adalah sesuatu yang memualkan aku dengan maklumat-maklumat yang langsung tidak berguna untuk tatapan umum. Korang boleh usha setiap bahagian daripada 17 bahagian dalam laman portal tersebut dan nilaikan sendiri.

Akhir sekali aku berharap agar ada dalam kalangan anak jati Kampung Tian yang mengambil jurusan Sejarah, Geografi, Antropologi, Sumber Manusia, Komunikasi, dan bidang yang berkaitan untuk tampil membuat kajian terperinci tentang sejarah, pembangunan ekonomi, nilai-nilai budaya, dan kemasyarakatan tentang kampung aku kemudian hari. Aku tidak mampu untuk membuatnya dari perspektif yang jelas kerana bidang pendidikan kurang beralih ke arah itu. Namun sekiranya ada kesempatan, aku akan berbicara tentang perkembangan pendidikan dalam ruang legar masyarakat Kampung Tian di kemudian hari dengan bermula di SK Bawang Tian. Kemudian kenapa aku ketawa semasa mula-mula membaca artikel ringkas tentang sejarah Kampung Tian di laman portal telecentre tersebut hampir setahun lepas adalah disebabkan oleh... rujuk nota di bawah.

Nota : Sumber ialah "GOOGLE"
Canal tu bermaksud:
(1) Saluran kalau dikira daripada perkataan asal dalam bahasa Sepanyol, jadi mamat British apa benda dolllll????
(2) Terusan kalau dikira daripada perkataan Inggeris, jadi Sungai Tian tu Terusan Acheman lah ya?
(3) Hubungan seks pasangan yang tidak mengenali antara satu sama lain
(4) Sikap penakut... Jadi Canal Acheman takut tak buat terusan tu?
(5) Perkataan yang digunakn untuk menghina seseorang - taraf lebih rendah dari lubang kabut

Acheman pula merupakan nama yang menjadi kebanggaan warga Scotland... memang ada kaitan dengan ayat artikel "...iaitu seorang rakyat British"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...