Sunday, July 22, 2012

Kenangan Zaman Sekolah Menengah : Bulan Puasa

Kemunculan bulan Ramadhan yang merupakan penghulu segala bulan kadangakala akan membuatkan aku malas dengan keadaan hidup di tempat orang dan banyak karenah zaman remaja yang aku rasakan tidak dapat dilakukan di tempat orang. Rutin pergi kerja, balik kerja, tido, mengadap komputer, dan pergi kerja kadangkala membuatkan aku rasa betapa jauhnya beza budaya dan cara hidup dalam sesebuah masyarakat. Sejak bertugas di tempat orang dalam tahun 2003, memang bulan puasa tidak dapat aku nikmati dengan penuh di kampung. Apa lagi dengan cuti yang kadangkala sekadar 1 minggu dan sampai aku fikirkan betapa kementerian pelajaran perlu mengubah supaya cuti Hari Raya Puasa menjadi 2 minggu setiap tahun selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dan semasa sambutan hari raya ini, bukan sedikit warga kota balik kampung beraya.

Semua pakat tunggu bunyi benda ne kalau kat kampung

Kenangan berpuasa di kampung memang tidak dapat dilupakan, sampaikan kadangkala aku tengok syiling rumah ataupun menanda kalendar sambil mengharapkan cuti akan cepat sampai. Perkara yang aku tak pernah buat di bulan-bulan lain... Kenapa? Entahlah, puasa di kampung memang satu perkara yang aku rasakan unik dari aspek makanan semasa berbuka hinggalah budaya yang diamalkan semasa kedatangan Ramadhan. Setiap generasi seperti aku tahu apa yang aku maksudkan... semoga Ramadhan 1433H ini akan menjadi lebih bermakna untuk semua...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...